Tips Beli Emas: 8 Perkara Penting Sebelum Anda Buat Keputusan

Tips Beli Emas: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalau anda sedang mencari tips beli emas, anda berada di tempat yang betul.

Jangan tergesa-gesa beli emas sebelum anda faham beberapa perkara asas. Saya nak kongsikan 8 tips beli emas yang berdasarkan pengalaman sendiri sebagai penyimpan emas aktif. Ramai yang rugi bukan sebab harga emas turun, tapi sebab beli tanpa ilmu.

1. Tetapkan Tujuan Simpanan Emas

Langkah pertama yang sangat penting ialah menetapkan matlamat simpanan emas. Simpan emas tanpa tujuan hanya akan buat kita mudah goyah apabila harga turun naik atau ketika kita perlukan wang.

Bila ada matlamat yang jelas, kita tahu kenapa kita mula menyimpan, dan kita juga tahu bila masa sesuai untuk ‘keluar’ daripada simpanan tersebut, sama ada untuk digunakan atau dipindahkan ke bentuk pelaburan lain.

Antara matlamat simpanan emas yang biasa saya cadangkan termasuklah simpanan kecemasan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan gaji, dana perkahwinan, tabung pendidikan anak-anak, dana persaraan, tabung untuk umrah dan haji, tabung deposit rumah pertama serta modal untuk memulakan perniagaan.

2. Pilih Jenama Patuh Syariah untuk Ketenangan Hati

Tips beli emas: Sijil patuh syariah diterima Public Gold
Sijil patuh syariah diterima Public Gold

Selepas menetapkan matlamat, barulah kita pergi ke langkah seterusnya, iaitu memilih platform atau jenama yang tepat. Tips beli emas yang kedua adalah memastikan anda membeli dari syarikat atau jenama yang patuh syariah.

Di Malaysia, ada satu syarikat emas fizikal yang secara rasmi disahkan sebagai patuh syariah oleh Amanie Advisors iaitu Public Gold. Panel syariah ini bukan calang-calang kerana mereka juga bertanggungjawab terhadap pematuhan syariah untuk Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Maka, membeli emas daripada Public Gold memberikan keyakinan dari sudut hukum kerana setiap transaksi emas mereka dijalankan mengikut garis panduan syariah Islam.

3. Semak Harga Emas Secara Telus Setiap Masa

Tips beli emas: Mesti kena pandai baca harga emas
Mesti kena pandai baca harga emas

Seterusnya, kita kena ambil tahu soal harga. Ini mungkin kelihatan asas, tapi ramai yang masih terlepas pandang. Tips beli emas ketiga adalah memilih jenama yang menawarkan harga telus dan mudah diakses oleh pembeli pada bila-bila masa.

Dengan Public Gold, harga jualan dan belian emas dikemaskini secara berkala. Untuk goldbar dan dinar emas, harganya dikemaskini setiap 20 minit. Manakala untuk Akaun Emas GAP, harganya dikemaskini setiap jam 12 tengah malam.

Jika anda ingin membeli, anda perlu rujuk harga PG SELL di laman web Public Gold. Manakala jika anda ingin menjual semula, anda perlu rujuk harga PG BUY.

Apa yang menarik, semakin berat emas yang anda beli, semakin rendah kos per gram. Ini kerana kos premium emas biasanya dikira berdasarkan gram, bukan secara pukal.

4. Fahami Spread Supaya Tidak Rugi Waktu Jual Balik

Nilai spread barang kemas 25%-40%!

Selepas tahu harga, anda juga perlu tahu tentang nilai spread. Tips beli emas keempat ialah memahami konsep spread. Spread bermaksud perbezaan antara harga kita beli dengan harga kita jual semula. Lagi kecil spread, lagi cepat dan tinggi potensi keuntungan.

Untuk pengetahuan anda, spread untuk barang kemas di kedai boleh mencecah antara 25 hingga 40 peratus, which is sangat tinggi! Sebab itulah barang kemas tidak digalakkan untuk dijadikan simpanan pelaburan.

Berbeza dengan emas pelaburan seperti gold bar dan dinar keluaran Public Gold, spreadnya hanya sekitar 6 hingga 9 peratus sahaja. Ini menjadikan simpanan emas anda lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang kerana apabila harga emas naik, nilai simpanan anda cepat naik dan mudah dijual semula tanpa rugi besar.

Tips beli emas: Jadual nilai spread bagi setiap item emas Public Gold
Jadual nilai spread bagi setiap item emas Public Gold

5. Pastikan Stok Sentiasa Ada Waktu Harga Turun

Emas Pelaburan Berkualiti Tinggi dari Public Gold
Emas Pelaburan Berkualiti Tinggi dari Public Gold

Tips beli emas kelima pula berkaitan dengan stok. Kadangkala apabila harga emas turun, ramai yang mula berpusu-pusu membeli, tapi malangnya ada syarikat atau kedai emas yang kehabisan stok. Jadi, waktu paling sesuai untuk beli emas itu menjadi sia-sia.

Keistimewaan Public Gold ialah mereka mempunyai kilang sendiri dan boleh mengeluarkan emas dalam kuantiti besar tanpa had. Anda nak beli 10 gram? 100 gram? Malah 1 kilogram pun tiada masalah.

Stok sentiasa ada dan pembelian boleh dibuat pada bila-bila masa melalui sistem yang sangat mesra pengguna.

6. Boleh Dicagar di Ar-Rahnu Ketika Perlu

Public Gold jalinkan kerjasama strategik bersama POS Ar Rahnu
Public Gold jalinkan kerjasama strategik bersama POS Ar Rahnu

Tips keenam yang sering ditanya oleh pelanggan saya ialah tentang keupayaan untuk mencagar emas di institusi kewangan. Emas Public Gold diterima untuk cagaran di semua institusi Ar-Rahnu di Malaysia dan juga Brunei.

Ini penting kerana jika anda perlu akses kepada tunai kecemasan tanpa perlu menjual emas, anda boleh ke Ar-Rahnu dan buat pajakan. Hanya emas jenama yang kukuh dan diyakini sahaja diterima untuk tujuan ini, dan Public Gold adalah salah satunya.

Perlu diingat, semua Ar-Rahnu beroperasi di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia, jadi kalau Public Gold diterima, itu sudah cukup menunjukkan kredibilitinya.

7. Pilih Platform Yang Mudah Jual Balik

Non PG Buyback Gold 999 and 916
Non PG Buyback Gold 999 and 916

Seterusnya, adalah memilih platform yang membolehkan anda jual balik emas dengan mudah dan tanpa banyak kerenah. Kalau anda beli emas dari jenama yang tak ada sistem buy back, anda mungkin akan hadapi kesukaran apabila nak jual semula.

Ada yang bagi alasan tiada bajet, atau hanya ambil semula pada harga terlalu rendah. Public Gold menawarkan jaminan beli balik, anda boleh jual semula emas anda pada bila-bila masa, dan wang akan dimasukkan ke akaun anda dalam masa 24 jam.

Selain itu, anda juga boleh tukar (trade-in) emas dari jenama lain kepada emas Public Gold dengan kadar harga yang menarik. Ini menjadikan sistem mereka sangat fleksibel dan mesra pelanggan.

Rujuk artikel saya tentang cerita seorang pelanggan jual 3 kilo emas kepada Public Gold

8. Jangan Beli Emas Mini 0.02 Gram dengan Harga RM30 (Trend 2025)

Kad emas 0.01g/0.02g ini sangat tak sesuai hatta nak dijadikan hadiah
Kad emas 0.01g/0.02g ini sangat tak sesuai hatta nak dijadikan hadiah

Sekarang ini, trend membeli emas mini semakin popular di platform media sosial dan e-dagang. Ramai yang mula tertarik untuk membeli emas seberat 0.02 gram dengan harga sekitar RM30 kerana ia nampak murah, comel, dan senang dijadikan hadiah atau koleksi.

Tapi realitinya, emas mini begini sebenarnya sangat tidak berbaloi dari sudut simpanan jangka panjang.

Jika anda kira semula secara matematik, emas seberat 1 gram akan jadi lebih mahal apabila dibeli dalam bentuk cebisan kecil begini. Ambil contoh mudah: 0.02 gram dengan harga RM30 bermaksud 1 gram bernilai RM1,500.

Sedangkan harga emas fizikal semasa (pada waktu artikel ini ditulis) hanya sekitar RM500 segram bergantung kepada berat dan jenis emas 999. Ini bermakna anda telah membayar lebih tiga kali ganda harga pasaran sebenar.

Perlu difahami bahawa kos cetakan, pembungkusan dan pemasaran untuk emas mini jauh lebih tinggi berbanding goldbar standard. Disebabkan itu, walaupun kandungan emasnya tulen, harganya tidak mencerminkan nilai pasaran yang adil.

Malah, kebanyakan syarikat atau penjual emas mini ini tidak menjamin belian semula (buy back), jadi anda sukar menjual kembali emas tersebut apabila perlu. Nak gadaikan dekat Ar Rahnu pun mereka taknak terima tau!

Untuk menyimpan emas sebagai pelindung nilai atau tabungan jangka panjang, anda perlu pastikan kos per gram adalah rendah, emas tersebut diiktiraf, mudah dijual balik dan bebas daripada caj tersembunyi. Ciri-ciri ini tidak terdapat pada emas mini 0.02 gram ini.

Jadi, walaupun nampak murah dan menarik, hakikatnya emas mini ini lebih kepada strategi pemasaran dan bukan satu kaedah simpanan emas yang bijak.

Jika anda serius ingin menyimpan emas, lebih baik mulakan dengan Akaun Emas GAP serendah RM100 atau gold bar sekurang-kurangnya 1 gram, yang harganya lebih telus, patuh syariah, dan mudah dicairkan kembali jika perlu.

Kesimpulan: Simpan Emas Dengan Ilmu, Bukan Ikut Trend

Kesimpulannya, jika anda serius nak simpan emas sebagai aset jangka panjang atau pelindung nilai, pastikan anda faham dan aplikasikan 8 tips beli emas yang saya kongsikan ini.

Saya harap artikel ini dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak. Kalau anda rasa info ini bermanfaat, jangan lupa kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan.

Dan kalau anda nak belajar lebih banyak tentang pengurusan emas dan kewangan dengan cara yang santai tapi praktikal, jemput sertai channel Telegram saya di sini:
👉 Channel Telegram Irfan Sa’id

Insya-Allah, kita sama-sama belajar dan berkembang. Simpan emas bukan sekadar ikut trend, tapi untuk lindungi nilai hidup kita.

Ditulis oleh Irfan Sa’id,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *