“Harga emas sekarang tengah tinggi sangat, nanti kalau jatuh menjunam macam mana?”
Ayat ini bukan baru. Saya sudah dengar skrip yang sama berulang kali sejak bertahun-tahun dahulu.
Setiap kali harga emas mencatatkan rekod tertinggi yang baru, akan muncul suara-suara sumbang yang memberi amaran supaya jangan membeli.
Soalan saya mudah sahaja, mereka yang berkata begini sebenarnya melihat emas sebagai apa?
Pengalaman Peribadi Sejak Tahun 2020
Mari saya kongsikan cerita saya sendiri. Saya mula menjadi penyimpan emas tegar sejak Julai 2020. Waktu itu, harga emas sekitar RM200 segram.
Tidak lama kemudian, harga melonjak naik sehingga RM275 segram, dan saya tetap membeli. Malah, apabila harga mencecah RM305 segram pun, saya masih menambah simpanan saya.
Kenapa saya beli walaupun harga tengah tinggi? Kerana saya faham sifat emas.
Selepas itu, pasaran menunjukkan penurunan. Harga jatuh semula ke paras RM245 hingga RM255 sepanjang tahun 2021, 2022, dan 2023. Dalam tempoh tiga tahun harga mendatar dan turun itu, saya tidak berhenti.
Saya terus mengumpul sedikit demi sedikit. Saya tidak panik, malah saya gembira kerana dapat mengumpul lebih banyak gram dengan jumlah duit yang sama.
Inilah antara tips simpan emas fizikal yang paling penting, fokus pada gram, bukan pada harga semata-mata.
Masalah Sebenar Bukan Pada Harga
Ramai orang tersangkut dalam dilema harga kerana mereka keliru tentang niat asal. Masalahnya bukan pada harga emas yang mahal atau murah, tetapi pada tujuan anda memiliki aset tersebut.
Jika anda membeli emas dengan harapan untuk mendapat keuntungan segera dalam tempoh sebulan dua, itu bukan menyimpan. Itu adalah spekulasi atau trading.
Golongan yang takut dengan harga jatuh selalunya adalah mereka yang membeli:
-
ETF emas (emas atas kertas).
-
Emas digital yang tiada fizikal.
-
Sekadar melihat pergerakan harga pada carta (chart).
Apabila anda fokus kepada tips simpan emas fizikal, anda tidak akan terlalu pening kepala dengan carta. Emas fizikal yang ada di tangan anda adalah aset yang nyata. Ia bukan instrumen cepat kaya, tetapi ia adalah instrumen yang jarang buat orang muflis.
Jika anda konsisten menyimpan dari tahun 2019 sehingga hari ini, walaupun anda pernah terbeli pada harga puncak, nilai keseluruhan simpanan anda hari ini tetap berada di zon yang sangat selamat.
Psikologi “Tunggu Harga Murah”
Satu perkara yang agak lucu dalam dunia pelaburan emas ini adalah psikologi manusia. Masa harga jatuh ke RM245 sekitar tahun 2021-2022, ramai yang kata, “Tak apa, saya tunggu lagi murah. Mana tahu boleh dapat RM200 balik.” Akhirnya, harga tidak pernah turun ke paras itu, sebaliknya terus memacu naik.
Apabila harga sudah naik tinggi, orang yang sama tadi akan berkata, “Aduh, harga dah mahal sangat. Jangan beli sekarang, nanti rugi.”
Kesimpulannya, bagi golongan ini, tidak pernah ada waktu yang betul-betul “tepat” untuk bermula. Waktu terbaik untuk menyimpan emas adalah apabila anda mempunyai wang yang tidak digunakan (simpanan jangka panjang).
Belajar Daripada Orang Kaya dan Bank Pusat
Jika anda masih ragu-ragu, lihat apa yang dilakukan oleh orang kaya dan negara-negara besar. Ada yang kata, “Orang kaya pun tak main emas sekarang.” Itu adalah tanggapan yang salah.
Hakikatnya, orang kaya sudah lama memenuhkan peti besi mereka dengan emas seberat 1 kilo, 500 gram, dan 250 gram. Mereka tidak bising di media sosial, mereka cuma bertindak senyap-senyap.
Lihat pula simpanan rizab kuasa-kuasa besar dunia:
-
Amerika Syarikat: Memegang sekitar 8,100+ tan emas.
-
China: Menyimpan sekitar 2,200+ tan emas.
Kenapa negara kuasa besar ini menyimpan emas dalam jumlah yang luar biasa? Kerana emas adalah reserve of last resort.
Apabila krisis ekonomi, peperangan, atau kejatuhan mata wang berlaku, emas fizikal adalah satu-satunya aset yang memegang kuasa beli dan kedaulatan ekonomi.
Kesimpulan: Apa Tindakan Anda?
Sebelum anda terpengaruh dengan konten viral yang melarang anda membeli emas sekarang, duduk sebentar dan tanya diri anda tiga soalan ini:
-
Apa matlamat aku? Adakah untuk simpanan pendidikan anak, deposit rumah, atau dana persaraan?
-
Simpanan atau spekulasi? Adakah aku mahu pegang aset fizikal sebagai pelindung kekayaan atau sekadar mahu berjudi dengan harga?
-
Berapa peratus kekayaan yang dilindungi? Adakah semua duit aku dalam bentuk tunai yang makin lama makin susut nilainya?
Tips simpan emas fizikal yang paling berkesan adalah bermula sekarang. Harga naik atau turun itu adalah lumrah pasaran.
Yang paling rugi dan luar biasa bukanlah mereka yang terbeli pada harga tinggi, tetapi mereka yang tidak mempunyai simpanan langsung sehingga ke hari ini.
Dah sedia nak mula selamatkan kekayaan anda dengan emas?
Jangan biarkan keraguan tentang harga menghalang anda lagi. Saya sedia bantu bimbing anda langkah-mula cara buka akaun emas Public Gold yang betul dan patuh syariah.
Klik butang WhatsApp untuk daftar akaun secara percuma atau hubungi saya terus untuk sesi konsultasi.
Irfan Said,
Penulis info emas dan kewangan Malaysia.


