Saya nak kongsikan cara-cara untuk elakkan duit kita hilang. Ya, hilang! Bukan sebab orang curi, tetapi sebab kita yang tak pandai uruskannya.
1. Paling utama, asingkan simpanan 10%-30% siap-siap. Kalau boleh, alihkan terus duit ke tempat yang susah nak keluarkan seperti ASB, Tabung Haji dan Emas.
2. Elakkan dari selalu jenguk apps shopping online yang ada. Risau nanti kita terpesona dengan ‘sale’ yang tiap-tiap hari ada dan menggoda.
3. Tuliskan bajet kewangan anda dalam buku. Visualkan bajet tersebut, bukan setakat bayangkan di minda. Bila kita rancang dan visualkan, kita akan lebih bersemangat untuk capai target kewangan yang kukuh.
4. Kalau dah terbelanjakan wang dekat ‘casing phone’, blouse atau kasut yang baru, bulan depan jangan tengok langsung. Buang rasa gatal tangan nak explore dekat IG tu.
5. Kalau betul tak mampu nak disiplinkan diri menyimpan, wujudkan satu komitmen simpanan. Boleh buat ‘auto debit’ di GAP atau beli emas cara EPP (Easy Payment Purchase). Confirm setiap bulan duit dah selamat.
6. Guna cara tradisional kalau tak reti guna IT. Buat tabung RM5 atau RM 20. Simpan bila jumpa saja wang kertas hijau atau oren. Jangan dikorek pulak tabung tu hujung bulan!
7. Banyakkan bersedekah di masjid-masjid. Jadikan ia ubat sifat boros dan suka berbelanja untuk keperluan yang tak penting. Makin banyak bersedekah, makin banyak rezeki Allah beri. Mula dengan RM1 setiap hari.
8. Asingkan duit gaji siap-siap untuk perbelanjaan dan keperluan keluarga. Dapat gaji, terus bankin dekat mak ayah di kampung. Biarpun mak ayah orang berada, tetap bagi. Ada adik-beradik susah, tolong juga.
9. Pengurusan kewangan ini tak akan jalan selagi diri sendiri masih lena dan alpa. Bagilah nasihat dan tips macam mana pun, kalau hati kata tak, sampai ke sudah tak akan berubah.
10. Kuatkan semangat, tetapkan matlamat, hidup kita ini terlalu singkat untuk kita persiakan. Anda taknak hidup susah sebab tak rancang kewangan waktu muda dulu kan? Jadi, mula sekarang!
Begitulah.
Irfan Sa’id,
Nak capai matlamat bebas kewangan.