Caj Premium Public Gold

Buat semua yang pernah membeli emas dan perak Public Gold, pasti anda akan tahu maksud caj premium.

Ketiga-tiga cara pembelian emas dan perak Public Gold akan dikenakan caj premium bergantung pada item emas.

Oh ya, kalau nak tahu tiga cara pembelian emas Public Gold, baca di sini.

Caj premium di Public Gold ini telah dikemaskini pada tahun 2017. Rujuk jadual di bawah ya.

Caj premium Public Gold

Apakah maksud caj premium? Caj premium adalah caj yang merangkumi:

  1. Logistik.
  2. Gaji staff Public Gold.
  3. Insurans emas dan perak.
  4. Kos minting.

Untuk pengetahuan anda, carta harga emas di web Public Gold adalah berdasarkan harga emas semasa dan belum dicampur caj premium.

Harga emas Public Gold

TIPS JIMAT CAJ PREMIUM

Oh ya, saya ada tips untuk anda jimatkan caj premium ini. Contohnya anda nak beli atau keluarkan emas dari GAP berjumlah 30 gram, saya akan sarankan anda pilih item:

  • 20 gram – sekeping (caj premium RM 20)
  • 10 gram – sekeping (caj premium RM 15)

Hanya RM 35 sahaja. Anda dah jimat RM 10 berbanding kalau anda nak beli atau keluarkan 10 gram – 3 keping (caj premium RM 15 x 3)

Jimat kan? Untung kembali pada anda juga. Nilai spread pun makin rendah. Bertuah betul anda dapat tips ini.

Caj premium ini maksudnya caj penghantaran ke?

Bukan. Kalau di Public Gold, caj penghantaran dikenali dengan caj GIT.

Untuk penghantaran emas terus ke alamat pembeli, anda akan dikenakan caj GIT.

Terbaru, Public Gold buat offer, segala caj GIT dikenakan RM 10 untuk setiap order. Setiap GIT, terhad kepada 21.25 gram emas sahaja dan ianya dilindungi insurans 100%.

Ada caj-caj lain?

Tiada, cuma kalau anda pilih pembelian emas secara EPP, akan ada tambahan EPP premium.

Kiraannya = Harga emas + Caj premium + EPP premium. Rujuk jadual di bawah ya.

EPP premium

Kenapa kena ada caj premium walau kita ambil sendiri di cawangan terdekat?

Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre.

Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan cawangan tertentu.

Tonton video ini untuk lihat sendiri tempat penyimpanan emas Public Gold.

Alhamdulillah, sekarang dah faham kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Irfan Sa’id,
Lebih banyak ilmu di https://t.me/irfsansaidali/ dan join bersama lebih 400 subscribers lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published.