Cara pembelian emas di Public Gold. Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pasti kalian akan rasa teruja dengan sistem pembelian emas Public Gold yang mesra pengguna.
Jom saya kongsikan!
1- Full Payment
Full Payment bermaksud kita akan membuat pembelian emas secara bayaran penuh. Caranya sangat mudah.
Lock harga emas di web Public Gold dan terus buat pembayaran ke akaun Public Gold. Oh ya, harga emas di web Public Gold dikemaskini setiap 20 minit ikut harga emas dunia!
Contohnya anda nak beli gold bar 10 gram BungaMas, kiraannya = Harga emas + Caj premium.
Caj premium bermaksud kos penghasilan emas. Saya terus tunjukkan kira-kiranya di bawah sebagai rujukan anda.
Hari ini (4/7/2021) harga gold bar 10 gram, harganya RM 2,601. Tambah caj premium RM 15 = RM 2,616. Itu jumlah pembelian emas anda dengan cara Full Payment.
Nota: Jika berat emas anda 21.25 gram ke bawah, Public Gold akan terus poskan ke rumah anda. Jangan risau sebab servis postage emas ini dilindungi insurans sepenuhnya.
Mudah kan? Untuk bacaan lanjut, sila baca di sini
2. Easy Payment Purchase (EPP)
EPP ini maksudnya kita lock harga emas dan buat pembayaran secara ansuran. Cara pembelian ini telah disahkan patuh syariah oleh Syarikat Amanie Advisors yang diasaskan oleh Datuk Mohd Daud Bakar.
Penjelasan tentang SOP syariah Public Gold ada di sini.
EPP ini memudahkan pelanggan Public Gold kerana kita dapat lock harga emas semasa dan bayar dengan jumlah yang sama untuk bulan akan datang.
Sekarang di Public Gold, semua order boleh buat EPP6 atau EPP10. EPP6 bermaksud enam kali bayar. EPP10 pula 10 kali bayar.
Umpama kita buat force saving setiap bulan. Habis sahaja bayar, terus dapat emas fizikal dalam tangan.
Salah satu kelebihannya lagi adalah pelanggan Public Gold dapat tetapkan siap-siap berapa bajet untuk dia menabung setiap bulan. Biasanya saya memang suggest pilih EPP10 kerana bayaran bulanannya lebih murah.
Kiraannya = Harga emas + Caj premium + EPP Premium.
Ini contoh jadual pembayaran EPP6 untuk emas 1 dinar (4.25g).
3. Akaun Gold Accumulation Programme (GAP)
Mesti ramai yang dah tahu tentang Akaun GAP kan? Yup, di Malaysia sekarang, kita dah ada cara pembelian emas fizikal yang paling mudah dan murah tau!
Kita boleh beli dan simpan emas dengan akaun GAP serendah RM 100. Ya, RM 100 dan ianya akan terus ditukarkan ke gram emas. Simpanan emas percuma, tak ada had dan tak ada apa-apa caj tersembunyi.
Kalau kalian nak baca tentang Akaun GAP dan kelebihannya. terus klik link yang saya beri di bawah:
Haa sekarang dah jelas tentang cara pembelian emas Public Gold kan? Bila anda jadi pelanggan Public Gold, anda boleh beli emas dengan ketiga-tiga cara di atas. Pilih ikut kesesuaian bajet masing-masing.
Lagi seronok kalau anda jadikan saya sebagai introducer, anda akan dapat hadiah buku Travelog Emas, cabutan bertuah setiap bulan dan bimbingan 1to1 sepanjang hayat secara percuma.
Terus WhatsApp saya untuk mulakan simpanan emas anda hari ini!
Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.