Penjelasan Sijil Patuh Syariah Public Gold

Ini yang selalu kita dengar mengenai pelaburan emas. Sebelum menyimpan di mana-mana platform, sila pastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah oleh mana-mana syarikat syariah yang telah diiktiraf.

Bagi umat Islam, kepatuhan Syariah sangat penting dalam kehidupan. Islam sangat menitik beratkan kepatuhan Syariah dalam apa-apa pelaburan yang ingin diceburi. Kita mahu membawa harta kita ke akhirat juga bukan?

EPP, Patuh Syariah atau Tak?

Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara ๐™€๐™–๐™จ๐™ฎ ๐™‹๐™–๐™ฎ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™‹๐™ช๐™ง๐™˜๐™๐™–๐™จ๐™š (EPP).

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

  1.  Penjelasan untuk orang awam.
  2. Penjelasan untuk orang yang pakar dalam bidang mualamat (muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia).

1. Penjelasan untuk orang awam

Baik, untuk sebahagian orang yang tak mendalami bidang syariah, kita hanya bergantung pada ilmu mereka yang lebih pakar dan arif di dalam bidang ini.

Apa sahaja keputusan mereka, kita akan ikut tanpa ragu-ragu. Di Public Gold, Easy Payment Purchase (EPP) telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/.

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah.

Ia dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga adalah salah seorang Shariah Advisory Council di Bank Negara Malaysia

Boleh juga rujuk di sini https://www.bnm.gov.my/shariah-advisory-council

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold untuk menepati piawaian dan selari dengan kehendak syariah.

Apabila Public Gold telah mengikuti SOP tersebut, maka Public Gold berjaya mendapatkan sijil patuh syariah bagi semua urusniaga syarikat.

Sijil Patuh Syariah dimiliki Public Gold

2. Penjelasan untuk orang yang ahli

Ini yang dapat saya kongsikan. Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

  • Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil โ€˜๐’˜๐’‚โ€™๐’‚๐’…โ€™ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.
  • Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil โ€˜๐‘ฏ๐’‚๐’Ž๐’Š๐’”๐’š ๐‘ฑ๐’Š๐’…๐’…๐’Š๐’š๐’š๐’‚๐’‰โ€™.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas. Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli antara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Proses Public Gold untuk mendapatkan Sijil Patuh Syariah

Syarikat Public Gold telah sekian lama menerima pemberian sijil patuh syariah ini oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar iaitu Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia.

Berikut adalah perjalanan dan perjuangan Public Gold (PG) dalam usaha memastikan transaksi adalah disahkan patuh Syariah:

16 Januari 2017
Public Gold mendapat sijil patuh syariah (fasa 1). Pengesahan ini adalah untuk pembelian kaedah Outright Purchase, Easy Payment Purchase (EPP) dan buy back (jualan balik).

8 Februari 2017
Public Gold mendapat sijil patuh syariah semasa Shariah Certification Press Conference diadakan di HQ PG yang terletak di Bayan Lepas, Penang.

11 November 2017
Public Gold mendapat pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP dan Akaun Silver SAP dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold.

Maka, donโ€™t worry, keep saving ya! Tak perlu risau dan perlu ragu-ragu lagi.

Semoga penjelasan ini membuatkan kita terus yakin dalam setiap transaksi kita dengan Public Gold.

Irfan Sa’id,
Master Dealer Public Gold.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *