Harga Perak Public Gold

Pernah tak anda terfikir tentang potensi pelaburan dalam perak? Harga Perak Public Gold kini sangat rendah dan mampu milik. Dengan modal yang kecil sahaja, anda boleh mula melabur.

Potensi Pelaburan Perak di Public Gold

Sebagai contoh, beza harga 1 kilogram emas dengan 1 kilogram perak kini sebanyak RM270,000. Jadi, kalau anda belum mampu beli emas, perak adalah pilihan terbaik untuk mulakan pelaburan bijak.

Beza sebanyak RM 270,000!

Murah sangat harga perak hari ini! Jadi, jika anda tak ada modal yang besar, simpan perak juga berbaloi! Siap ada kemudahan bayaran bulanan (Syariah Easy Payment Purchase) lagi jika beli dengan Public Gold.

Dan untuk masa sekarang, perak masih lagi di bawah paras harganya yang sebenar (undervalue).

Graf harga silver dalam Ringgit Malaysia

Potensi kenaikan perak ini tersangatlah besar berbanding emas. Perak juga disebut sebagai Gold in Future.

Buktinya adalah pada tahun 2011. Ketika itu, perak mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah! Jom kita buat kira-kira sedikit.

Harga perak tertinggi tahun 2011 = $49.79
Harga perak semasa tahun 2022 = $24.51

Kenaikan sebanyak 103.14%

Harga emas tertinggi tahun 2011 = $1920.80
Harga emas semasa tahun 2022 = $1909.06

Peratus kenaikan harga emas

Jadi, sekarang antara emas dan perak, yang mana ada potensi kenaikan dalam peratus yang banyak untuk jangka masa panjang?

Of course perak!

Jadi, tak perlu malu untuk mula simpan perak jika belum mampu simpan emas.

4Penulis buku ‘Rich Dad, Poor Dad’, Robert Kiyosaki juga mengakui yang nilai pelaburannya di dalam perak lebih banyak berbanding emas.

Cara Mudah Simpan Perak di Public Gold

Di Public Gold, anda boleh juga menyimpan emas di Silver Accumulation Program (SAP).

Anda boleh mula minimum RM 100!

Macam kita beli emas di GAP, sekarang kita pun boleh kumpul perak sedikit demi sedikit. Bulan ini beli 100 gram, bulan depan tambah lagi 100 gram.

Tapi 100 gram perak la tau hehe.

Perak keluaran Public Gold adalah yang terbaik.

Kenapa saya cakap macam ini? Sebabnya, di Malaysia, tak ada syarikat yang mampu tandingi Public Gold dari aspek ini sejak tahun 2008. Public Gold menyediakan platform pembelian emas dan perak yang dipercayai, mudah beli, mudah jual balik dan mudah digadai.

Sebabnya kebanyakan kedai emas dan Ar-Rahnu di Malaysia ini susah dan ada yang tak terima langsung bila kita nak jual atau gadaikan perak. Tapi tidak bagi Public Gold.

Public Gold memang jamin 100% belian balik bagi kesemua produknya dengan kadar spread yang rendah di Malaysia!

Harga Perak Public Gold
Public Silver 250g

Tapi beli perak ni, tak boleh pajak kan?”

Boleh la. Siapa yang kata tak boleh?

Caranya anda terus pergi ke KDE (Koperasi Dagang Emas). KDE adalah anak syarikat Public Gold dan sehingga hari ini ada 35 cawangan KDE seluruh Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 2012.

Ini saya kongsikan alamat penuh semua cawangan KDE. Klik di sini.

Harga Perak Public Gold, boleh gadai di Ar Rahnu KDE
Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Pulau Pinang
Harga Perak Public Gold, boleh gadai di Ar Rahnu KDE
Sistem Gadaian Islam di Ar-Rahnu KDE

Dan ini saya kongsikan spread (beza harga beli dan jual semula) yang Public Gold dah tetapkan. Kadar spread ini adalah antara kadar spread terendah di Malaysia untuk perak!

Harga Perak Public Gold, Spread Perak
Nilai spread bagi produk perak Public Gold

Jadi, Apa Tunggu Lagi?

Haa dah jelas tentang simpanan perak ini? Jadi, apa tunggu lagi? Tak perlu malu kalau nak simpan perak. Beli saja, janji ada modal dan ilmu.

P/s; Saya datang dari masa depan. Sekarang, harga perak tahun 2025 dah meningkat kepada RM529 untuk 100 gram. Maksudnya, kalau anda beli 5 kilo perak di Public Gold, harganya dah cecah RM26,000!

Harga Perak Public Gold, Ini Silver 5 Kilo
Public Silver 5 kilogram keluaran Public Gold
Harga Perak Public Gold Tahun 2025
Harga Emas dan Perak Tahun 2025

Dengan harga perak Public Gold yang sangat kompetitif dan potensi pelaburan yang tinggi, tidak ada alasan lagi untuk anda menunggu. Mulakan simpanan perak anda hari ini dan jadilah pelabur bijak yang mengambil peluang di depan mata.

Jangan malu untuk mula menyimpan perak walaupun modal anda kecil. Yang penting, pelaburan anda dibuat dengan ilmu dan kefahaman yang jelas tentang potensi serta risiko pelaburan dalam perak.

Irfan Sa’id,
Simpan perak dengan ilmu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *