Apa itu Bank Run?

Apa maksud istilah ‘Bank Run’?

Mungkin anda pertama kali terdengar istilah ini atau mungkin juga ada yang pernah mendengarnya tapi kurang faham.

Baik, jom saya kongsikan.

‘Bank Run’ ini berlaku apabila terlalu ramai orang yang keluarkan duit dari akaun bank sebab mereka terdengar khabar angin yang institusi perbankan ini akan menamatkan operasinya.

Untuk menyelamatkan institusi perbankan dari bankrup, pendeposit hanya dibenarkan mengeluarkan sejumlah amaun yang telah dihadkan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak bank.

‘Bank Run’ ini pernah berlaku di serata dunia sejak dulu lagi. Permulaannya adalah krisis Oktober 1929 di Amerika Syarikat yang menyebabkan pasaran saham mereka jatuh menjunam teruk.

Krisis Dunia pada tahun 1929 di Amerika Syarikat

Ia telah menjadi krisis terbesar sehingga ia telah diberi gelaran ‘The Great Depression’ semasa era 1930-an.

Dan fakta yang perlu anda tahu, pada Disember 1931, New York Bank di Amerika Syarikat telah bankrup dan gagal meneruskan operasi dan menjadikannya krisis bank terbesar dalam sejarah Amerika.

650 bank telah menutup operasinya pada tahun 1929 dan angkanya terus meningkat kepada lebih dari 1,300 bank pada tahun seterusnya.

Seluruh rakyat Amerika bertindak mengeluarkan duit dari akaun mereka setelah mendengar berita tentang kegagalan bank untuk terus beroperasi.

Akibatnya, rakyat Amerika telah berhimpun di luar perkarangan bank dan dalam masa beberapa jam sahaja, dianggarkan 2,500 – 3,500 pendeposit telah mengeluarkan kesemua duit mereka berjumlah sehingga RM 2 juta USD!

Haa bukan berhenti sampai situ sahaja ya tetapi isu ini pernah juga terjadi di Nothern Rock, sebuah bank United Kingdom pada tahun 2007.

Bank Run di United Kingdom

Krisis kewangan ini juga telah melanda beberapa buah negara di Asia seperti kejadian di salah sebuah cawangan Bank of East Asia di Hong Kong pada tahun 2008.

Bank Run di China

Iyalah, buat apa kalau anda ada duit yang banyak tapi semuanya tak boleh nak digunakan dan tak boleh nak bawa keluar dari bank kan?

Jadi, sekarang anda dah faham tentang istilah ‘Bank Run’ ini?

Irfan Sa’id,
Lebih banyak fakta menarik di https://t.me/irfsansaidali.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *