“Kenapa dari dulu saya tak simpan emas?”

“Kenapalah saya tak simpan emas dari dulu? Kalau tak, mesti dah beratus-ratus gram dah saya ada.”

Luah salah seorang klien emas saya.

“Puan, Allah dah takdirkan hidup kita ni cantik sangat. Ini semua Allah tentukan. Boleh jadi jika Allah kenalkan kita dengan emas dulu, kita masih tak cukup duit simpanan untuk guna hari-hari. Sekarang, bila dah cukup duit, cukup keperluan diri dan keluarga, baru kita terjumpa dengan emas.”

Gitu saya balas.

Ya, macam itulah Allah tentukan hidup kita ini sesuai dengan perancangan-Nya. Syukur selalu, itu yang boleh kita buat.

Ada orang, sejak dari muda dah simpan emas tapi dia tak faham betapa besarnya kepentingan emas, jadi dia ambil sambil lewa saja. Akhirnya, gram simpanan emasnya tak bertambah sejak dari hari pertama dia mula simpan emas.

Mungkin yang kita pula, bila dah masuk umur 40-an, 50-an baru kenal emas, baru faham pentingnya simpanan emas, baru nampak betapa besarnya manfaat emas dalam kehidupan.

Kemudian, kita terus tambah dan tambah lagi sampai tercapai target kewangan dengan emas. Akhirnya, kita menang dalam ‘Game’ ini.

Kawan,

Cepat atau lambat bukan penentunya. Yang paling penting, kesedaran yang hadir dalam diri kita itu akan tentukan sama ada kita ni berjaya capai target kewangan atau tak dengan simpanan emas.

Cepat atau lambat bukan penentunya. Yang paling penting, kesedaran yang hadir dalam diri kita itu akan tentukan sama ada kita ni berjaya capai target kewangan atau tak dengan simpanan emas.

Irfan SaidAli

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Klik link https://t.me/irfsansaidali dan join bersama lebih 700 subscribers lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published.