“Harga Emas Turun, Apa Nak Buat?”

Apa yang kita nak buat kalau harga emas turun?

Pesan guru kewangan saya,
1. Kita tak perlu rasa FOMO (Fear of Missing Out). Yang ini, perkara yang paling asas kita kena tanamkan dalam diri. Yang pasti, check balik bajet bulanan kita.

Biarkan orang lain berebut-rebut tambah simpanan emas, kita fokus dekat bajet sendiri saja.

2. Andai kita ada bajet lebih bulan ini, kita boleh beli pada harga emas sekarang. Saya memang tak berapa tekankan sangat pasal harga.

Sebab kebanyakan antara kita pun masih lagi bergelar penyimpan emas.

Tapi once harga dah masuk paras terendah, kita terus grab peluang yang ada. Ya, saya maksudkan paras terendah, bukan harga terendah.

Sebabnya bila kita terlalu fokus nak beli harga terendah, ramai yang kecewa di hujungnya. Dekat sini, kita belajar untuk lawan sifat tamak.

Jika dah beli harga tinggi, syukur.
Jika dapat beli bila harga murah, syukur.

Semuanya okay belaka, janji simpanan emas kita ada makin bertambah dari semasa ke semasa.

‘Game Emas’ untuk mereka yang konsisten menyimpan dan melabur dalam jangka masa panjang. Kita follow tips ini, kita menang dalam ‘Game’ ini.

Okay, semoga perkongsian saya kali ini bermanfaat untuk anda semua.

Irfan Sa’id,
Lebih banyak ilmu di Channel Ilmu Emas Irfan Sa’id.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *