Pada mulanya, aku taknak pergi ke Annual Recognition Award Public Gold di Grand Ballroom KL Convention Centre semalam.
Bukannya apa, aku segan.
Event besar-besaran gini, jumpa dengan ramai orang-orang hebat dari Brunei, Indonesia dan Singapore, buatkan aku rasa kerdil sangat.
Kau bayang, sebelum nak gerak dari rumah, aku boleh mesej Tuan Hafizul Hakim tanya boleh ke kalau tak pakai coat.
Hahahaha sebab rasa malu gila.
Namun bila Tuan Hafizul Hakim dan Tuan Hilmi Ya’kub bagitahu dekat kami, kenapa kami kena datang ARN, akhir sekali barulah aku beranikan diri letak nama untuk book satu seat.
Satu table, 10 orang. Seorang RM300. Haa kau, terkejut kann. Tapi inilah investment yang sangat berbaloi!
Ada dua sesi, pagi dan petang. Pagi mula pukul 7 dan petang pukul 5. Ramai sangat acheivers, terpaksa Public Gold buat 2 sesi!
Bila tamat sahaja sesi malam semalam, barulah aku tersedar.
Tengah duduk depan KLCC pukul 12 pagi semalam, aku termenung. Terbayang semua perkara yang aku saksikan depan mata, sejak dari awal pagi tadi sampailah ke saat ini.
“Inilah sebabnya kenapa aku kena hadir ke ARN Public Gold. Momen yang paling bersejarah dan takkan aku lupakan.”
Betullah Bak kata Tuan Hafizul Hakim, kita bukan datang setakat nak dinner dan seronok-seronok. Namun, kita datang dengan niat nak belajar, nak refresh energy dan nak ambil inspirasi dari semua achievers yang dah proven success.
Tolong doakan supaya aku pun dapat naik pentas juga tahun depan! Aminnnn.
Irfan Sa’id,
Doakan tauuu ramai-ramai!