Award Recognition Night Public Gold 2022

Pada mulanya, aku taknak pergi ke Annual Recognition Award Public Gold di Grand Ballroom KL Convention Centre semalam.

Bukannya apa, aku segan.

Event besar-besaran gini, jumpa dengan ramai orang-orang hebat dari Brunei, Indonesia dan Singapore, buatkan aku rasa kerdil sangat.

Kau bayang, sebelum nak gerak dari rumah, aku boleh mesej Tuan Hafizul Hakim tanya boleh ke kalau tak pakai coat.

Hahahaha sebab rasa malu gila.

Namun bila Tuan Hafizul Hakim dan Tuan Hilmi Ya’kub bagitahu dekat kami, kenapa kami kena datang ARN, akhir sekali barulah aku beranikan diri letak nama untuk book satu seat.

Satu table, 10 orang. Seorang RM300. Haa kau, terkejut kann. Tapi inilah investment yang sangat berbaloi!

Ada dua sesi, pagi dan petang. Pagi mula pukul 7 dan petang pukul 5. Ramai sangat acheivers, terpaksa Public Gold buat 2 sesi!

Bila tamat sahaja sesi malam semalam, barulah aku tersedar.

Tengah duduk depan KLCC pukul 12 pagi semalam, aku termenung. Terbayang semua perkara yang aku saksikan depan mata, sejak dari awal pagi tadi sampailah ke saat ini.

“Inilah sebabnya kenapa aku kena hadir ke ARN Public Gold. Momen yang paling bersejarah dan takkan aku lupakan.”

Betullah Bak kata Tuan Hafizul Hakim, kita bukan datang setakat nak dinner dan seronok-seronok. Namun, kita datang dengan niat nak belajar, nak refresh energy dan nak ambil inspirasi dari semua achievers yang dah proven success.

Tolong doakan supaya aku pun dapat naik pentas juga tahun depan! Aminnnn.

Irfan Sa’id,
Doakan tauuu ramai-ramai!

Team PGAllStars di bawah bimbingan Tuan Hafizul Hakim. Segakkk nohh.
Ambil peluang bergambar dengan Dr. Azizul Azli Ahmad. Hehehe bergambar dengan retis-retis ni.
Bergambar dengan Founder Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng. Kau bayang, betapa bangga dapat satu frame dengan founder.
Bersama Mahaguru Emas Malaysia, Tuan Syukor Hashim. Mentorrr aku ni, excited gila dapat jumpa!
Duduk meja VVIP dan bergambar dengan Mr. Harrison Chiang. Antara orang penting dalam Public Gold.
Tuan Aziz Azahari dan Puan Nurmariah dari Team #PGAllStars. Pasangan suami isteri dari Brunei yang menang banyak gila award. Berapa kali naik turun pentas.
Bergambar dengan achiever, Puan Hazirah Jalil dan suami, Team #PGAllStars juga! Dealer hebat dari Brunei Darussalam.
Yeahhh sekali lagi jumpa dengan Tuan Fauzi. Intelligent people ni bohhh! Kau cuba search kes Lahad Datu ceroboh Malaysia, beliaulah antara individu penting yang handle kes tu dulu.
Bersama Tuan Abdul Rahman dan Tuan Hafiz Syafie. Powerrr, aku follow dari dulu lagi tau.
Aku dapat lambai Tuan Azizi Ali genggg dari jauh! Itu pun dah happy gilaa. Ramai sangat orang nak bergambar dengan beliau, memang famous sungguh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *