EPP10 Lebih Menarik! Kenapa?

EPP10 Lebih Menarik di Public Gold

Majoriti Klien Emas saya lebih suka cara simpanan EPP10 berbanding akaun emas GAP!

Sungguh, ini berdasarkan analisis dan feedback yang saya terima. EPP10 dengan Public Gold ni tersangatlah best.

Apa itu EPP?

Untuk anda yang tak tahu, Public Gold ada menyediakan kemudahan untuk kita membeli emas secara ansuran. Ia dipanggil sebagai Syariah Easy Payment Purchase atau EPP.

Di Public Gold, sekarang ada EPP10 dan EPP6. Apa maksudnya? EPP10, bayar 10 kali dan EPP6, bayar 6 kali

Tetapi Syariah ke bayar ansuran seperti ini? Untuk mudah anda faham dan mudah saya explain, baca di sini.

Item emas 1 Dinar ini antara yang hot selling dan ramai suka simpan dengan cara EPP10
1 Dinar EPP10, paling ramai orang suka!

Keunikan EPP10

  1. Minima belian 1 dinar (4.25 gram).
  2. Harga dikunci selama 10 bulan ikut jadual emas diberikan di email.
  3. Jika harga emas naik sekalipun, tetap bayaran bulanan ikut amaun diberikan.
  4. Wajib bayar setiap bulan. Tak boleh skip.
  5. Tempoh bayaran adalah 10 bulan (bayar 10 kali).
  6. Harga bayaran setiap bulan lebih rendah berbanding EPP6.
  7. Nak langsai lebih awal pun boleh.
  8. Habis bayar baru dapat emas dalam tangan. (Sama ada collect di branch atau pos berinsuran).

Kenapa EPP10 ni best?

Sebab korang dapat lock harga sekarang and tetap bayar amount yang sama setiap bulan sampai bulan ke-10!

Ikutkan analisis saya and feedback client saya jugak, harga emas dalam masa 10 bulan, memang dah start nampak perubahan. Diaorang memang bersyukur gila sebab pernah lock harga 10 bulan yang lepas.

1 Dinar je ke boleh EPP10?

Ohhh tidak! Anda boleh beli emas yang lain juga dengan cara belian EPP10. Dari seberat 10 gram hingga ke 1 kilo!

Kalau ada bajet lebih, why not? Makin berat emas, makin murah harga per gram di Public Gold. Anda lah makin untung.

Kalau anda dah pernah order 1 Dinar sebelum ni dan anda nak tambah lagi order, contohnya 10g, boleh je. Tak ada masalah. Walaupun order 1 Dinar yang pertama tadi belum habis bayar.

Nak pilih 10g EPP10 pun boleh!
Haa ini contoh bayaran 10g

Beza dengan Akaun Emas GAP

  1. Wajib tinggalkan baki 1 gram dalam akaun emas untuk akaun kekal aktif.
  2. Contoh, jika nak keluarkan seketul jongkong emas seberat 10 gram. Maka anda perlu ada 11 gram dalam akaun emas.
  3. Harga emas berubah setiap hari. Kalau harga emas mahal, makin kurang gram emas yang anda dapat.
  4. Tiada komitmen bulanan.
  5. Minima top up RM100 lebih kurang 0.3 gram emas.
  6. Boleh set auto debit minimum tempoh 12 bulan
Lebih jimat untuk kita simpan dalam akaun GAP
Tentang Akaun Emas GAP

Info Terbaru Untuk EPP

Dah boleh Buat Auto Debit

Untuk siapa yang ada lock order EPP, sekarang Public Gold dah sediakan kemudahan Direct/Auto Debit untuk bayaran bulanan.

Untuk existing EPP buyer, boleh terus ke apps PG untuk setting bayaran Auto Debit:

Steps Buat Auto Debit

  1. Login apps PG > Klik Me > Tekan My Order.
  2. Klik payment Auto Debit.
  3. RM1 charges.
  4. Potongan tiap bulan secara auto.

Anda hanya boleh setting EPP selepas bayaran BULAN pertama telah dibuat. Kemudian, setiap bulan nanti, dia akan terus tolak amount ikut jumlah bayaran dalam jadual anda.

Pilihan di Tangan Anda

Insya-Allah semoa penerangan saya ini dapat bantu anda buat keputusan yang terbaik. Semestinya berdasarkan bajet anda, itu lebih utama. Tiada paksaan dan saya akan tetap bantu secara percuma.

Berminat nak beli emas secara Shariah EPP10, tekan di sini ya.

Irfan Sa’id,
Master Dealer Public Gold.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *