“SSPN atau Emas? Pening la nak fikir. Ishh!”
Jangan pening-pening. Jika ada antara ibu bapa yang dah menyimpan atau menyediakan dana pendidikan anak-anak dalam SSPN Plus, Tabung Haji atau ASB, itu pun dah cukup bagus.
Namun, masih lagi terdapat persoalan samada SSPN atau Emas yang lebih untung untuk dana pendidikan anak-anak? Anak-anak nak masuk universiti ni, perlukan belanja yang besar.
Sebenarnya topik ini sama juga seperti posting saya yang lepas, tentang ASB vs Emas, Mana Lagi Untung? Tak mengapa, teruskan pembacaan. Saya bongkarkan rahsia di penghujung posting ini.
Simpan di SSPN
Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau singkatan SSPN adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Ada perlindungan takaful juga.
Kelebihan Menyimpan di SSPN
Salah satu kelebihan bila anda menyimpan di SSPN, anda akan dapat pelepasan cukai tau. Jumlah simpanan yang ideal di SSPN adalah sebanyak RM8,000.
Kenapa? Sebabnya di SSPN, had pelepasan cukai adalah RM8,000 sahaja. Itu pun sudah menjadi salah satu bonus untuk ibu bapa. Rugi kalau tak manfaatkan.
Pergi Universiti Dengan Emas
Pilihan seterusnya yang terbaik bagi ibu bapa adalah dalam bentuk simpanan emas. Kenapa? Sebabnya emas konsisten memberikan pulangan sebanyak 15% selama 5 tahun. Jika ditolak kadar inflasi 2.5%, nilainya baru 12.5%
Sementara itu, dividen yang diumumkan oleh pihak SSPN secara puratanya adalah 4% setahun. Jika ditolak dengan kadar inflasi 2.5%, nilainya hanya tinggal 1.5% sahaja.
Ini bermakna nilai emas yang disimpan setiap tahun lebih menguntungkan berbanding menyimpan di dalam SSPN. Lagi-lagi apabila disimpan untuk jangka masa panjang itu melebihi 2 tahun ke atas.
Namun, yang paling terbaik sekali adalah bila kita pelbagaikan tempat simpanan. Contohnya:
– Emas
– SSPN
– Tabung Haji
Kesimpulannya
Pelbagaikan simpanan dana pendidikan anak-anak anda dalam instrumen yang pelbagai. Sekurang-kurangnya anda akan dapat mengurangkan risiko dalam membuat simpanan dan pelaburan untuk jangka masa panjang.
Jadi, ingat tips ini. Simpan 1/3 di SSPN. 2/3 lagi, terus alihkan ke dalam bentuk emas. Semestinya emas goldbar dan juga dinar.
Nak mulakan simpanan emas untuk anak-anak? WhatsApp saya di sini
Irfan Sa’id,
Pembimbing emas anda.