ASB vs Emas, Mana Lagi Untung?

ASB vs Emas

ASB vs Emas, mana lagi untung? Masih ramai lagi yang tanya tentang topik ini. Baik, untuk menjawab persoalan ini, saya akan terangkan satu per satu.

Jom kita mulakan dan saya yakin di akhir nanti, anda akan dapat tentukan mana satu yang terbaik untuk anda.

Apa itu ASB?

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah sebuah dana amanah pelaburan yang diwujudkan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia sahaja.

Dana ASB bersifat ekuiti tetap dan harga seunit saham ASB dijual pada RM1.00. Baik, harap pengenalan ini dapat bantu anda ketahui serba sedikit tentang ASB.

Dividen ASB terkini
ASB vs Emas

Berapa Pulangan ASB?

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun kita akan dapat tengok berapa dividen ASB yang diumumkan. Secara purata, dividen ASB adalah sekitar 5% (termasuk bonus).

Contohnya, jika pada bulan Januari kita melabur RM20,000, maka dividen yang akan diperolehi pada bulan Disember nanti adalah RM1,000.

Dan katakan jumlah pelaburan di akaun ASB kita kekal untuk 5 tahun yang seterusnya, inilah jumlah keseluruhan yang kita akan dapat. Saya sediakan kira-kiranya di bawah:

Pulangan ASB berdasarkan kadar dividen terkini yang diumumkan
Pulangan ASB berdasarkan kadar dividen terkini yang diumumkan

Pada akhir tahun ke-5, jumlah simpanan kita dah meningkat menjadi RM25,850.16. Peningkatan sebanyak 29.25. Untung dividen ASB pula adalah RM5,850.16.

Best kan! Tapi dengan syarat, simpanan ini mesti tak berusik langsung. Barulah kita akan dapat jumlah yang sama berdasarkan kiraan dan dividen tersebut.

Macam Mana Dengan Emas?

Prestasi harga emas
Prestasi harga emas. Sumber: GoldPrice.org

Jadual di atas menunjukkan prestasi harga emas. Kalau kita beli emas setahun yang lepas, kenaikannya adalah sebanyak 13.5%. Kalau nilai emas kita RM20,000, maka ianya akan meningkat kepada RM22,700!

Uish Biar Betul?

Haaa tapi ada satu benda yang kita kena ingat. Emas ada nilai spread, iaitu beza antara harga beli dan jual semula.

Kalau kita jual balik emas untuk dapatkan duit tunai, harga yang dibeli oleh syarikat atau kedai emas akan lebih rendah dari harga yang dijual. Itu cara mereka berniaga dan mendapat untung.

Spread ini berbeza mengikut syarikat atau kedai emas tau. So, kita sendiri kena cari di mana yang paling untung kalau nak jual emas tersebut. Contoh, spread emas Public Gold sekitar 6%-9%.

Spread Emas Public Gold. Menjawab topik ASB vs Emas
Spread Emas Public Gold

Kalau kita nak jual emas kita tadi dengan Public Gold, keuntungan 13.5% peratus selepas ditolak dengan spread 9 peratus, yang tinggal hanyalah 4.5% peratus sahaja

Keuntungan yang kita akan dapat iaitu bersamaan dengan RM900 sahaja. Allahuakbar, sikitnya!

Kenapa Sikit Sangat Untungnya?

Haaa dekat sinilah saya nak tunjukkan kuasa sebenar simpanan emas. Barulah soalan anda akan terjawab tentang topik ASB vs Emas ni.

Emas bukan kita beli setahun, lepastu jual terus. Ianya adalah simpanan yang bersifat jangka masa panjang. Okay, jom kita tengok pulangan emas dalam tempoh 5 tahun.

1 kilo emas bersamaan RM330k!

Kalau 5 tahun lepas, kita dah simpan emas dan berdasarkan prestasi harga emas di atas, peningkatan harga emas dah lebih 60%! Hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja.

Selepas tolak spread, keuntunan bersih yang kita akan dapat hasil dari simpanan emas adalah sebanyak 54.6%. Wauuu!

Peratus keuntungan ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dividen dalam ASB tadi, sekitar 29.5%. Belum tolak kos inflasi tauu.

ASB atau Emas? Mana Lagi Untung?

Jawapannya, kedua-dua instrumen kewangan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tak ada satu pun alat kewangan yang sempurna dalam dunia ni.

Jadi, sebab itu saya selalu syorkan, jika ada simpanan yang taknak kita gunakan minimum 3 tahun dan ke atas, boleh alihkan ke dalam bentuk emas, goldbar & dinar.

Sebab dalam tempoh jangka panjang, simpanan emas mampu mengekalkan nilai duit dan melawan kos inflasi.

ASB, Pelaburan Jangka Masa Pendek

Dan kalau kita nak simpan duit untuk tempoh 1-3 tahun, boleh pilih platform ASB sebagai simpanan. Berbanding sekadar kita letakkan duit dalam akaun bank sahaja yang bagi pulangan ciput.

Nak simpan lama, pilih emas. Nak simpan sekejap, pilih ASB.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Master Dealer Public Gold.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *