Auto Debit Dengan Emas; Pilihan Terbaik Untuk Anak Anda!

Simpanan auto debit untuk akaun emas anak-anak umur 18 tahun ke bawah

Auto Debit Dengan Emas. Bila kita fikir tentang cara nak jamin masa depan anak, simpanan emas adalah salah satu cara yang paling selamat. Jangan risau, tak perlu pening kepala atau keluarkan belanja besar!

Dengan Akaun GAP Junior, ibu bapa boleh mula menyimpan emas untuk anak-anak dengan hanya RM50 sebulan melalui pelan Auto Debit.

Jom kita tengok kenapa ini peluang yang tak boleh dilepaskan.

Kenapa Kena Mula Simpan Emas Seawal Usia?

Orang selalu cakap, siapa cepat dia dapat, dan ini bertepatan bila kita bercakap tentang soal simpanan. Emas menjadi penyimpan nilai yang sangat ampuh dalam jangka masa panjang.

Jadi bila ibu bapa mula menyimpan emas untuk anak seawal kelahiran mereka, kita bagi masa lebih untuk simpanan mereka berkembang. Lagi awal kita mula, lebih banyak pulangan hasil dari simpanan tersebut.

Selain tu, bila mula awal, kita juga mengajar anak-anak tentang kepentingan menabung. Sekaligus membuatkan mereka bersedia untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik bila meningkat dewasa nanti.

    Kuasa Auto Debit: Konsisten Itu Penting

    Saya faham, ramai ibu bapa yang hidup mereka kadang-kadang sibuk, dan kadang terlupa nak menyimpan setiap bulan. Di sinilah Auto Debit menjadi penyelamatnya!

    Simpanan auto debit RM50 dalam akaun emas anak
    Simpanan auto debit RM50 dalam akaun emas anak

    Dengan pelan Auto Debit serendah RM50 dalam Akaun GAP Junior, anda boleh pastikan simpanan emas anak anda dapat dibuat setiap bulan secara automatik, tanpa perlu pening kepala.

    Konsisten adalah kunci sebenar bila kita cerita tentang bab simpanan. Walaupun hanya RM50 sebulan, simpanan tetap ini lama-lama akan membukit juga.

    Dan tanpa anda sedar, ia boleh jadi sesuatu yang bernilai tanpa perlu buat banyak kerja pun.

    Bagaimana Akaun GAP Junior Memudahkan Pelaburan Emas untuk Anak-Anak

    Akaun GAP Junior memang dibuat khas untuk memudahkan ibu bapa menyediakan simpanan emas buat anak-anak berumur 18 tahun ke bawah.

    Tak perlu dokumen rumit atau pelaburan besar. Anda cuma perlu mula dengan serendah RM100 dan kemudian set Auto Debit minima RM50.

    Bagaimana Akaun GAP Junior Memudahkan Pelaburan Emas untuk Anak-Anak
    Salah satu target menyimpan emas adalah untuk dana pendidikan anak-anak

    Akaun ini membolehkan ibu bapa simpan emas untuk anak-anak, dan yang bestnya, pendaftaran percuma! Dengan Akaun GAP Junior, anda bukan lagi menyimpan duit macam dalam akaun bank, ASB atau Tabung Haji.

    Tapi anda menyimpan gram emas ketulenan 999.9. Anak-anak anda pun boleh belajar tentang emas dan cara membina kekayaan dengan gaya yang lebih seronok dan praktikal.

    Bila bila masa, anda boleh keluarkan fizikal gold bar dan dinar dari akaun GAP anak-anak anda.

    Kesemua emas Public Gold in boleh ditebus dari Akaun GAP
    Kesemua emas Public Gold in boleh ditebus dari Akaun GAP

    Bagaimana Hanya RM50 Sebulan Boleh Bertukar Jadi Besar

    RM50 mungkin nampak macam kecil je, tapi lama kelamaan, ia boleh jadi sesuatu yang sangat berharga. Jom kita kira:

    Dengan menyimpan RM50 sebulan melalui Auto Debit, anda akan menyimpan RM600 setahun dalam bentuk emas. Sekarang bayangkan anda buat ni secara konsisten selama 10, 15, atau 20 tahun.

    Setahun dapat kumpul at least 1.55 gram emas

    Itu baru dengan nilai simpanan RM50. Banyak kan? Sebab tu kita jangan pandang rendah dengan simpanan RM50 sebulan.

    Dan mengikut sejarah kenaikan harga emas, secara purata emas memberikan pulangan 8%-10% setahun sepanjang 20 tahun yang lepas.

    Pasti anak anda boleh ada jumlah emas yang banyak bila dia dewasa nanti! Dan kerana emas selalunya mengekalkan atau naikkan nilai, simpanan anda mungkin berkembang lebih cepat daripada yang anda jangka.

    Nampak kecil sekarang tapi hasilnya boleh jadi tersangat besar di masa depan.

    Kesimpulannya, mula simpanan emas untuk anak anda adalah salah satu cara terbaik untuk jamin masa depan kewangan mereka.

    Dengan kemudahan Auto Debit, anda boleh tetapkan minimum RM50 setiap bulan dalam Akaun GAP Junior. Ini memudahkan ibu bapa untuk terus konsisten menyimpan emas.

    Jadi, tunggu apa lagi? Mula sekarang dan berikan anak anda hadiah melalui simpanan emas! Terus klik Icon WhatsApp di bawah untuk daftarkan akaun anak-anak anda.

    Baca: 10 Kelebihan Simpanan GAP/SAP

      Leave a Comment

      Your email address will not be published. Required fields are marked *