Bayar cukai bukanlah topik yang ramai orang suka bincangkan. Sebab ia selalunya dianggap rumit, membebankan, dan menakutkan. Tapi sebenarnya, bila kita faham asas dan tahu teknik betul, proses bayar cukai boleh jadi lebih mudah.
Malah, kita dapat jimatkan pembayaran cukai dengan cara yang paling maksimum. Tahun 2025 bawa pelbagai cabaran dan juga peluang untuk kita urus kewangan dengan lebih bijak. Salah satunya adalah dengan mengurus cukai secara berstrategi.
Sebagai penyimpan emas, individu bergaji tetap, atau peniaga kecil-kecilan, ini panduan ringkas tapi praktikal yang boleh bantu anda urus cukai tanpa stres.
Kenapa Penting Bayar Cukai Dengan Betul?

Ramai orang anggap cukai ini beban, tapi kita kena ubah perspektif. Bayar cukai dengan betul bukan saja tunjukkan kita bertanggungjawab sebagai rakyat, malah ia buka peluang untuk kita dapat nikmati pelbagai kemudahan.
Banyak contoh yang saya boleh berikan. Antaranya adalah kita dapat pembiayaan rumah atau kereta sebab ada rekod LHDN, layak untuk geran kerajaan, skim bantuan atau subsidi & dapat elak penalti, audit mengejut, dan denda berganda.
Nampak tak betapa banyaknya kelebihan yang kita akan terima? Kita juga rasa lebih tenang ketika urus duit sebab semuanya sah dan tersusun.
Jadi, bila kita tahu cara bayar cukai dengan sah dan efisien, kita bukan sekadar patuh undang-undang, tapi juga melindungi masa depan kewangan sendiri.
Siapa Yang Wajib Bayar Cukai?
Kalau anda bekerja makan gaji, freelancer, part-timer, ada bisnes online, atau Public Gold Dealer, anda mungkin dah layak kena cukai tanpa sedar.
Individu yang menerima pendapatan tahunan melebihi RM37,333 dan mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) layak untuk dikenakan cukai.
Selepas mengisi e-filling, anda mungkin dikenakan bayaran tambahan cukai pendapatan yang perlu dibayar. Justeru itu, LHDN menyediakan alternatif paling mudah untuk anda bayar cukai pendapatan secara online menerusi portal ByrHASIL.
Contoh sumber pendapatan yang dikira adalah seperti gaji bulanan, komisen Public Gold, pendapatan sewaan rumah, keuntungan pelaburan, jual beli emas (jika kerap & berniaga).
Cara Bayar Cukai Secara Sah, Mudah & Bijak

1. Kumpul Semua Bukti Pendapatan & Resit
Mulakan dengan simpan segala dokumen berkaitan pendapatan. Contohnya slip gaji, penyata komisen, akaun bank, invoice klien dan sebagainya. Ini memudahkan semasa pengisian borang e-Filing nanti. Jangan tunggu hujung bulan baru nak cari semuanya!
2. Gunakan Pelepasan Cukai Sepenuhnya
Ramai orang rugi sebab tak tahu mereka layak untuk pelepasan. Antara yang boleh ditolak dari jumlah cukai:
– Simpanan KWSP (hingga RM4,000),
takaful atau insurans hayat (hingga RM3,000),
– SSPN (hingga RM8,000),
– Simpanan bersara swasta (PRS) – hingga RM3,000,
– Rawatan ibu bapa, peralatan perubatan, pendidikan anak dan banyak lagi.
Tip Penting: Simpan semua resit, walaupun belanja kecil sebab bila dihimpunkan, ia boleh bantu anda jimat ribuan ringgit cukai.
3. Gunakan Akaun Simpanan Strategik
Anda boleh susun aliran tunai supaya sebahagian pendapatan disimpan dalam akaun seperti Public Gold GAP. Walaupun tidak beri pelepasan cukai, simpanan emas bantu elak duit ‘terbakar’ dan boleh dicairkan bila perlu bayar cukai tahunan.
Tips Penting: Jika anda gunakan keuntungan daripada jual emas atau pelaburan untuk bayar cukai, pastikan rekod dan bukti lengkap.
4. Bayar Secara Ansuran Jika Terdesak
Kalau anda dapat notis kena bayar RM3,000 sekaligus, jangan panik. LHDN sebenarnya benarkan bayaran secara ansuran (installment). Anda cuma perlu hubungi mereka awal dan buat permohonan rasmi.
Menurut sumber rasmi di laman web LHDN, ada berita gembira untuk rakyat Malaysia.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan permohonan ansuran untuk bayaran baki cukai atau tunggakan cukai secara dalam talian melalui e-Ansuran telah boleh diakses menerusi Portal MyTax mulai 5 Mac 2025.
5. Jangan Elak Bayar Cukai, Tapi Elak Bayar Lebih Dari Sepatutnya
Ini beza besar. Elak bayar cukai bererti kita melanggar undang-undang. Tapi jika kita elak bayar lebih, itu bermakna kita bijak dalam bab urus cukai. Pastikan anda gunakan semua pelepasan dan potongan yang sah.
Jangan tunggu ejen cukai buatkan semuanya, fahami asas cukai anda sendiri.
Realiti Golongan Side Income & Public Gold Dealer

Zaman sekarang ramai yang buat kerja sampingan dan mempunyai pendapatan lumayan. Contoh mudah adalah dengan menjadi Dealer Public Gold atau ejen emas di mana-mana syarikat.
Ini info penting saya nak kongsikan. Mungkin ada beberapa orang dealer emas tak sedar bahawa komisen bulanan yang diterima juga dianggap pendapatan bercukai. Jika jumlah terkumpul setahun melebihi nilai RM37,000, anda wajib lapor dan bayar.
Ketahui kelebihan menjadi Dealer Public Gold dan cara jana pendapatan sehingga 5 angka sebulan!
Namun begitu, anda juga boleh tolak belanja berkaitan seperti tiket seminar atau kelas emas, kos internet, travel untuk jumpa prospek, bahan marketing, domain website dan flyers.
Dengan cara ini, anda bukan saja patuh bab pembayaran cukai, tapi dapat bayar amaun minimum yang sah.
Soalan Lazim
Q: Saya tak pernah isi e-Filing. Susah ke?
A: Tak susah. Anda boleh daftar online di ez.hasil.gov.my dan ikut panduan ringkas yang disediakan. Atau tonton tutorial di YouTube.
Q: Kalau saya tiada pendapatan tetap tapi jual emas secara kecil-kecilan?
A: Kalau jumlah setahun bawah RM37,000, anda mungkin tak wajib bayar, tapi masih digalakkan hantar borang. Bila pendapatan makin naik, rekod anda dah ‘bersih’.
Q: Simpan emas boleh elak cukai?
A: Simpan emas seperti GAP tak dikenakan cukai SST, tapi bukan bermaksud anda boleh sembunyikan pendapatan. Yang penting ialah urus kewangan secara sah dan teratur.
Kesimpulan: Jadilah Pembayar Cukai Yang Bijak
Bayar cukai bukan lagi perkara yang perlu kita takutkan, tapi sesuatu yang perlu kita urus dengan bijak.
Bila kita rancang dari awal, kumpul dokumen betul, dan tahu hak pelepasan yang kita layak, cukai jadi sebahagian dari strategi kewangan, bukan beban hidup.
Sebagai penyimpan emas dan rakyat Malaysia yang bijak, kita boleh pilih untuk patuh undang-undang dan pada masa sama maksimumkan simpanan. Jangan tunggu saat akhir baru kelam-kabut. Mulakan langkah bijak hari ini.
“Tak perlu kaya untuk urus cukai dengan bijak. Tapi siapa yang urus cukai dengan bijak, selangkah lebih dekat untuk jadi kaya.”
Ditulis oleh:
Irfan Sa’id,
Jadilah pembayar cukai yang bijak.