Pelaburan Perak Naik 45%: Peluang Masih Cerah

Pelaburan Silver Bar Public Gold LBMA

Ramai pelabur baru di Malaysia sudah biasa dengan emas sebagai aset simpanan. Namun, ada satu logam berharga yang kini semakin mencuri perhatian iaitu perak. Fun fact, sekarang orang Cina banyak simpan perak!

Dalam artikel ini, saya ingin kongsikan analisis semasa pelaburan perak, potensi kenaikan harga, dan bagaimana anda boleh mula menyimpan logam ini dengan selamat dan berstrategi.

Prestasi Perak Dua Tahun Terkini

Sejak dua tahun lepas, harga perak menunjukkan peningkatan yang signifikan. Pada tahun 2023, harga 100 gram perak sekitar RM441. Hari ini, pada Julai 2025, harga 100 gram perak telah mencecah RM619.

Itu peningkatan hampir RM200 atau lebih kurang 45% dalam masa dua tahun sahaja. Sekiranya anda menyimpan 5kg perak, anda telah menikmati keuntungan hampir RM10,000.

Walaupun begitu, harga semasa perak masih belum mencerminkan potensi sebenar logam ini. Ia dilihat masih berada dalam fasa undervalued jika dibandingkan dengan harga emas.

250 gram silver yang dijual di Public Gold baru RM1,643
250 gram silver yang dijual di Public Gold baru RM1,643

Rasio Dinar-Dirham: Apa Yang Ia Dedahkan

Dalam sistem mata wang zaman dahulu seperti dinar dan dirham, 1 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak. Tetapi hari ini, nisbahnya jauh berubah: 1 dinar emas bersamaan kira-kira 70 dirham perak.

Apa maksudnya? Ini menunjukkan bahawa perak masih jauh daripada nilai intrinsik yang sepatutnya, sekiranya kita mengambil kira sejarah nilai relatif antara emas dan perak.

Jika perak mahu kembali kepada nisbah asalnya, harganya perlu naik kira-kira tujuh kali ganda dari paras semasa.

Adakah ia akan berlaku dalam masa terdekat? Tiada siapa boleh memberi jawapan pasti. Tetapi apa yang jelas, menyimpan perak hari ini masih memberikan ruang upside yang luas.

Pelaburan perak: Dinar & Dirham mengikut hadith Rasulullah S.A.W
Dinar & Dirham mengikut hadith Rasulullah S.A.W

Kemaskini Pasaran Terkini: Silver Hampir Cecah Paras Tertinggi 14 Tahun

Nilai perak meningkat melebihi $39 per auns
Nilai perak meningkat melebihi $39 per auns

Pada 23 Julai 2025, harga perak global kekal melebihi $39 per auns, menghampiri paras tertinggi sejak tahun 2011. Kenaikan ini didorong oleh:

  • Kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat
  • Penurunan hasil bon Perbendaharaan AS
  • Ketegangan pasaran berikutan perkembangan perdagangan antara AS dan Jepun, serta lanjutan perjanjian tarif dengan China
  • Kritikan terbaru terhadap Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell, oleh Presiden Trump, yang menambah lagi ketidaktentuan dasar monetari

Gabungan semua faktor ini mendorong minat pelabur terhadap logam berharga seperti perak sebagai aset selamat (safe haven).

Public Gold dan Kemudahan Pelaburan Perak

Silver Accumulation Program (SAP) membolehkan kita kumpul perak serendah RM100
Silver Accumulation Program (SAP) membolehkan kita kumpul perak serendah RM100

Salah satu platform yang menawarkan kemudahan pelaburan perak secara langsung di Malaysia adalah Public Gold. Apa yang membezakan Public Gold daripada platform lain?

  • Tiada skim pelaburan yang pelik atau mencurigakan
  • Beli perak, dapat perak fizikal
  • Jual balik pun mudah, terus dapat duit
  • Transaksi boleh dilakukan secara online, 24 jam sehari
  • Akaun simpanan Silver Accumulation Program (SAP) untuk perak disediakan, sama seperti emas
  • Tiada caj tersembunyi atau yuran simpanan

Public Gold menjadikan proses pelaburan perak telus dan mudah diakses oleh semua, termasuk pelabur baru.

Perak vs Emas: Perbandingan Ringkas

KriteriaEmasPerak
Harga semasa (Julai 2025)RM497/gRM6.19/g
Spread jual beliLebih rendahSedikit tinggi
VolatilitiLebih stabilLebih mudah naik turun
Potensi pertumbuhanStabilTinggi (masih undervalued)

Jelas bahawa perak masih mempunyai potensi besar, terutamanya untuk pelabur jangka panjang yang ingin mengambil posisi awal sebelum kenaikan besar berlaku.

Silver Tak Mudah Dijual dan Pajak

Cuma ada satu nota penting saya ingin tekankan. Silver lebih rendah kecairan berbanding emas. Maksudnya, bila nak jual, tak banyak tempat sanggup beli silver kecuali pengeluarnya sendiri.

Itupun tak ada mana-mana platform jual beli silver yang kukuh dan stabil di Malaysia selain daripada Public Gold.

Berbeza kalau emas. Kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen, insyaAllah senang jual. Dan apa yang penting untuk kita tahu; silver tak diterima untuk pajakan di ar-rahnu macam emas.

Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) sahaja yang terima pajak silver. Itu pun silver keluaran Public Gold sahaja. Margin pinjaman juga rendah, cuma 50% sahaja berbanding emas 70%.

Pendek kata, silver tak mudah rolling seperti emas. Ia sekadar beli, simpan dan buat sendal pintu! Bila harga naik baru jual.

Spread untuk pelaburan silver di Public Gold
Spread untuk pelaburan silver di Public Gold

Bagaimana Nak Mula Simpan Perak?

Mudah saja. Anda boleh buka akaun simpanan perak secara PERCUMA melalui pautan berikut:

Setelah daftar, anda boleh mula menyimpan dari serendah RM100. Tiada komitmen bulanan wajib, dan anda boleh tambah bila-bila masa.

Kesimpulan: Perak Sebagai Aset Strategik

Sama ada anda baru bermula atau sudah lama dalam dunia pelaburan logam berharga, perak adalah aset yang patut diberi perhatian.

Dalam suasana global yang tidak menentu, kadar faedah yang berubah-ubah, dan geopolitik yang bergolak, perak menjadi pilihan alternatif yang logik.

Simpan emas, ya. Tapi jangan lupa simpan perak juga. Diversifikasi adalah asas pengurusan risiko. Bersama Public Gold, anda boleh lakukannya dengan lebih mudah dan yakin.

Irfan Sa’id,
Jom mula hari ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *