Kalau anda rasa nak simpan emas kena tunggu ada duit berkepuk RM10,000 dalam akaun, itu sebenarnya kesilapan paling mahal yang ramai orang buat.
Sebagai seorang yang hari-hari menghadap angka dalam dunia audit dan pernah membimbing lebih 1,000 orang penyimpan emas, saya boleh katakan,
Emas adalah untuk semua orang, asalkan anda tahu platform mana yang betul-betul bersandarkan fizikal.
Realitinya, tahun 2026 ni, simpanan emas dah jadi sangat demokratik. Tak perlu tunggu jadi jutawan baru nak beli gold bar.
Dengan Public Gold, modal serendah RM100 pun anda dah boleh mula bina harta emas sendiri yang 100% disandarkan oleh emas fizikal.
Masalah utama yang saya nampak sepanjang menguruskan 1,000+ penyimpan bukan sebab mereka tak ada duit.
Tapi sebab mereka takut tersalah langkah atau terperangkap dengan emas kertas yang tak ada sandaran fizikal. Jadi, jom kita bedah cara paling praktikal untuk bermula hari ini.
Kenapa Fokus Public Gold (GAP)?

Berdasarkan pengalaman saya, Public Gold melalui Gold Accumulation Program (GAP) adalah cara paling selamat untuk rakyat Malaysia mula menyimpan. Ramai orang confuse antara simpanan digital bank dengan GAP.
Ini sebab kenapa Public Gold menjadi pilihan utama saya dan klien saya:
1. Modal Rendah (RM100), Aset Fizikal Sebenar
Di Public Gold, RM100 anda bukan sekadar nombor di skrin telefon. Setiap sen yang dmasukkan ditukarkan kepada berat gram emas (sehingga 4 titik perpuluhan) yang disimpan selamat dalam vault syarikat.
Yang paling penting, emas itu wujud secara fizikal. Bila gram dah cukup minimum 0.5 gram, terus boleh keluarkan emas fizikal tersebut (jongkong atau dinar) bila-bila masa.
2. Ketulenan & Syariah Terjamin
Sebagai auditor, saya sangat teliti bab integriti. Public Gold mempunyai panel syariah yang memantau setiap transaksi.
Emas yang disimpan adalah emas tulen 999.9 (24K). Ini bukan skim cepat kaya, ini adalah simpanan aset yang solid.
3. Fleksibiliti Pengeluaran
Berbanding akaun emas bank yang kadang-kadang ada isu stok atau logistik bila nak keluarkan fizikal, Public Gold mempunyai rangkaian branch yang sangat luas di seluruh Malaysia.
Anda boleh pilih nak simpan terus dalam akaun (percuma seumur hidup) atau nak pegang sendiri emas tu di tangan.
Public Gold vs Pilihan Lain
| Platform | Modal | Status Fizikal | Sesuai Untuk |
| Public Gold (GAP) | RM100 | Sangat senang dikeluarkan | Penyimpan yang nak Real Asset |
| Akaun Bank (MIGA-i) | RM10 | Boleh (tapi kadang-kadang leceh & lately banyak isu) | Mereka yang nak parking duit lebihan |
| T radeplus shariah gold tracker Gold ETF (0828EA) | Harga Unit | Ada fizikal tapi tak boleh keluarkan | Investor/Trader yang nak untung harga sahaja |
Fakta Kuasa Beli: Perbandingan RM3,000 (Dulu vs Sekarang)

Mari kita lihat data sebenar mengenai susut nilai mata wang. Ramai yang tidak perasan bahawa nilai Ringgit semakin mengecil dari sudut kuasa beli.
-
Beberapa Tahun Lepas: Dengan RM3,000, anda mampu memiliki sekitar 10 gram emas.
-
Tahun 2026: Nilai RM3,000 yang sama hanya mampu membeli kurang dari 5 gram.
Faktanya, emas tidak menjadi lebih mahal, kualiti dan sifat fizikalnya tetap sama. Namun, nilai mata wang kertas yang kita gunakan semakin susut nilainya.
Apabila anda menukarkan RM100 kepada emas hari ini, anda sebenarnya sedang mengunci nilai duit tersebut daripada terus terhakis oleh inflasi.
Dalam bahasa audit, ini adalah perlindungan nilai (hedging) yang paling berkesan untuk jangka masa panjang.
Strategi Auditor: Teknik DCA (Dollar Cost Averaging)
Saya sentiasa menasihatkan klien saya untuk tidak menunggu harga emas jatuh menjunam baru nak bermula. Teknik yang paling berkesan adalah DCA.
Kos Purata = Jumlah Pelaburan (RM) bahagi Jumlah Gram Diperolehi
Kesimpulan: Konsistensi Adalah Kunci Sebenar
Masalah utama penyimpan emas bukanlah platform, tetapi penangguhan. Ramai yang menghabiskan masa berbulan-bulan membandingkan spread harga antara platform, namun akhirnya satu gram emas pun tidak dimiliki.
Public Gold dengan modal RM100 adalah titik mula yang paling praktikal bagi mereka yang mahukan aset fizikal sebenar. Bermula awal dengan modal kecil jauh lebih baik daripada menunggu modal besar yang belum pasti bila akan ada.
Jika anda memerlukan bantuan untuk memulakan simpanan GAP yang pertama, saya sebagai Authorized Dealer sedia memberikan bimbingan teknikal. Fokus pada gram, kunci nilai kekayaan anda sekarang.
Irfan Sa’id,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.


