Harga emas naik semula? Ini kembali menjadi persoalan utama dalam kalangan pelabur selepas beberapa petunjuk pasaran mula menunjukkan perubahan momentum yang menarik.
Selepas mengalami fasa pembetulan sejak awal tahun 2026, ramai pemerhati pasaran kini mula memberi perhatian kepada dua indikator penting, iaitu kekuatan Dollar Amerika melalui DXY dan juga Gold Silver Ratio atau GSR.
Kedua-dua indikator ini sering digunakan oleh penganalisis pasaran untuk memahami arah pergerakan emas dan perak dalam jangka sederhana dan panjang.
Gold Silver Ratio Dan Tanda Pasaran Sedang Berubah
Gold Silver Ratio merujuk kepada jumlah perak yang diperlukan untuk membeli satu unit emas.
Ketika artikel ini ditulis, ratio berada sekitar 1:56 berbanding purata sejarah sekitar 1:68.
Apabila ratio semakin kecil, ia biasanya menunjukkan momentum pasaran logam berharga semakin kuat.
Situasi ini sering berlaku apabila pelabur mula kembali memasuki pasaran emas dan perak selepas tempoh pembetulan harga.
Sebab itu ramai penganalisis melihat keadaan semasa sebagai antara petunjuk bahawa harga emas mungkin sedang bermula secara perlahan.
Kuasa Beli Perak Sedang Memecut Emas

Pernahkah anda terfikir bagaimana pelabur tegar menggandakan gram emas mereka tanpa perlu mengeluarkan modal tambahan? Rahsianya ada pada carta di atas; Gold-Silver Ratio (GSR).
Bagi orang kebanyakan, carta yang menjunam ini mungkin nampak merisaukan. Tetapi bagi penyimpan fizikal yang faham rentak pasaran, ini adalah isyarat awal untuk mula bertindak.
Biar saya berikan satu analogi mudah. Bayangkan pada hujung tahun lepas, anda pergi ke kedai membawa syiling perak.
Pada waktu itu (apabila nisbah berada di paras 84), anda terpaksa menyerahkan 84 keping syiling perak semata-mata untuk ditukarkan dengan 1 keping syiling emas. Perak ketika itu nampak ‘lemah’ berbanding emas.
Namun, lihat angka semasa pada carta hari ini; 55.09.
Maksudnya, kuasa beli perak anda telah meningkat dengan drastik! Hari ini, anda hanya perlukan 55 keping perak sahaja untuk mendapatkan sekeping emas yang sama.
Apabila garisan carta ini turun, ia bukan bermaksud harga pasaran jatuh, sebaliknya ia adalah bukti nyata bahawa harga perak sedang memecut jauh lebih laju berbanding emas.
Inilah yang kita panggil sebagai strategi Asset Swap. Apabila nisbah GSR berada di paras 50-an seperti sekarang, perak sedang berada dalam fasa mahal berbanding emas.
Penyimpan yang bijak akan mengambil peluang keemasan ini untuk menukarkan pegangan perak mereka kepada emas fizikal, memaksimumkan pertambahan gram emas mereka secara strategik dan bersistem.
DXY Dollar Amerika Dan Kesan Kepada Harga Emas

Selain Gold Silver Ratio, satu lagi indikator penting ialah DXY atau US Dollar Index.
DXY digunakan untuk mengukur kekuatan Dollar Amerika berbanding beberapa mata wang utama dunia.
Buat masa ini, DXY masih bergerak sekitar paras 97 hingga 98.
Dalam pasaran global, apabila DXY berada bawah paras 100, ia biasanya memberi kesan positif kepada emas kerana harga menjadi lebih murah kepada pembeli luar Amerika Syarikat.
Sebelum ini ketika harga emas mencapai paras tertinggi pada awal tahun 2026, DXY juga berada sekitar paras bawah 98.
Keadaan ini menyebabkan ramai pelabur mula memerhati sama ada DXY mampu turun lebih rendah kerana ia boleh menjadi pemangkin kepada kenaikan emas yang lebih agresif.
Adakah Harga Emas Akan Terus Naik?
Walaupun indikator semasa menunjukkan momentum yang semakin positif, pasaran tetap bergerak secara turun naik.
Jika DXY kembali mengukuh dan Gold Silver Ratio mula melebar semula, pasaran mungkin mengalami satu lagi pembetulan sementara sebelum menyambung kenaikan.
Namun secara keseluruhan, ramai pelabur jangka panjang masih melihat emas sebagai aset lindung nilai yang penting terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global masih berterusan.
Sebab itu dalam dunia pelaburan emas, fokus utama bukan sekadar membeli ketika harga rendah atau menjual ketika harga tinggi.
Tetapi lebih kepada memahami trend jangka panjang dan membina disiplin simpanan secara konsisten.
Kesimpulan: Harga Emas Naik Semula?
Harga Emas Naik Semula kini menjadi perhatian pasaran selepas beberapa indikator utama mula menunjukkan perubahan trend yang positif.
Walaupun tiada siapa mampu meramal pasaran dengan tepat, gabungan DXY yang lemah dan Gold Silver Ratio yang semakin mengecil sering dianggap sebagai petunjuk awal momentum baharu dalam pasaran logam berharga.
Bagi pelabur jangka panjang, memahami faktor ekonomi global seperti ini boleh membantu membuat keputusan dengan lebih tenang dan tersusun.
Nak mula simpan emas & perak, lekas WhatsApp saya!
Irfan Sa’id,
Penulis info emas & kewangan Malaysia.


