Konsep Akaun Emas GAP

“Encik Irfan, macam mana konsep simpanan emas Akaun GAP ni?”

“Saya ni jenis yang tak pandai sangat pasal emas tapi ramai kawan-kawan saya yang dah mula simpan emas dengan Akaun GAP. Boleh cerita sikit?”

Mudah saja, saya kongsi infografik ini.

Konsep simpanan emas dengan Akaun GAP adalah secara pool. Semua emas kita disimpan di Public Safe (peti simpanan emas Public Gold) di Penang. Oh ya, kesemua emas yang disimpan ini dilindungi 100% insurans. Jadi, tak perlu risau.

Contohnya bila kita beli emas serendah RM 100, kita akan dapat 0.3774 gram (17/7/2021) dan dikongsi bersama 500,000 penyimpan emas Public Gold yang lain.

Kemudian, kita boleh mohon pengeluaran emas fizikal dalam bentuk Goldbar dan Dinar dari Akaun GAP. Kalau nak keluarkan dalam bentuk 10 gram Goldbar BungaMas, pastikan kita ada 11 gram dalam Akaun GAP sebab syarat untuk Akaun GAP kekal aktif mesti ada baki 1 gram.

Dah mohon untuk pengeluaran emas dari Akaun GAP, kita tinggal nak bayar caj premium dan caj GIT untuk postage emas sahaja. Caj premium ini untuk tanggung kos operasi syarikat Public Gold.

WM: Semenanjung Malaysia, EM; Sabah & Sarawak

Siap bayar kos premium dan caj GIT, kita tunggu saja emas sampai di rumah dengan selamat. Duduk-duduk sambil minum kopi, tiba-tiba abang DHL sampai. Terus senyum lebar sampai ke telinga.

Salah satu klien emas saya yang dah dapat emas. Alhamdulillah.

Baik, sekarang dah faham kan? Kalau dah faham, jom saya tolong bukakan Akaun GAP. Mula simpan emas untuk manfaat masa hadapan kita.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Lebih banyak ilmu di https://t.me/irfsansaidali/.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *