Simpan Duit Elak Boros: 9 Cara Berkesan Elak Duit ‘Hilang’ & Kaya Dengan Emas
Saya nak kongsikan cara-cara untuk elakkan duit kita ‘hilang’. Ya, hilang! Bukan sebab orang curi, tetapi sebab kita sendiri yang tak pandai uruskannya. Jom semak 9 tips pengurusan kewangan peribadi yang berkesan untuk membantu anda simpan duit elak boros.
1. Strategi Utama: Simpan Duit Elak Boros dengan Mengasingkan Simpanan Awal
Paling utama, asingkan simpanan 10% hingga 30% dari gaji anda siap-siap sebelum berbelanja. Kalau boleh, alihkan terus duit ke tempat yang sukar dikeluarkan seperti ASB, Tabung Haji, atau simpanan Emas fizikal / GAP. Jadikan simpanan ini sebagai kos tetap bulanan yang wajib anda bayar. (Lihat juga: Cara Beli Emas Public Gold)
2. Jauhkan Diri Dari Godaan Jualan Atas Talian
Elakkan dari selalu menjenguk aplikasi membeli-belah dalam talian yang ada. Risau nanti kita terpesona dengan ‘sale’ dan promosi yang sentiasa menggoda. Ingat, jualan itu sentiasa ada, tetapi matlamat kewangan anda lebih penting.
3. Visualkan & Tulis Bajet Kewangan Anda
Tuliskan bajet kewangan anda dalam buku atau spreadsheet. Visualkan bajet tersebut, bukan setakat bayangkan di minda. Apabila kita merancang dan memvisualkan, kita akan lebih bersemangat untuk mencapai target kewangan yang kukuh.
4. Disiplin Diri: Jauhi Tabiat Berbelanja Impulsif
Kalau anda sudah terbelanjakan wang untuk barangan kehendak bulan ini (seperti casing telefon, blaus atau kasut baharu), bulan depan jangan tengok langsung. Buang rasa gatal tangan nak explore di media sosial atau laman e-commerce.
5. Wujudkan Komitmen Simpanan Automatik
Kalau betul tak mampu nak disiplinkan diri menyimpan, wujudkan satu komitmen simpanan wajib. Anda boleh buat ‘auto debit’ di akaun GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold atau beli emas secara EPP (Easy Payment Purchase). Ini memastikan duit simpanan anda sudah selamat setiap bulan. (Lihat juga: Jadual Premium Produk Emas Terkini)
6. Guna Kaedah Tabungan Tradisional
Guna cara tradisional kalau tak biasa dengan aplikasi kewangan. Buat Tabung RM5 atau RM20. Simpan saja bila anda berjumpa wang kertas hijau atau oren. Ingat, tabung ini adalah tabung simpanan, bukan tabung untuk dikorek hujung bulan!
7. Perbanyakkan Bersedekah
Banyakkan bersedekah di masjid-masjid atau kepada yang memerlukan. Jadikan ia sebagai “ubat” kepada sifat boros dan suka berbelanja untuk keperluan yang tidak penting. Mulakan dengan jumlah yang kecil seperti RM1 setiap hari. Makin banyak bersedekah, makin banyak rezeki Allah beri.
8. Asingkan Duit Untuk Kebajikan Keluarga
Dapat gaji, terus asingkan duit siap-siap untuk perbelanjaan, keperluan keluarga, dan paling utama, untuk mak ayah di kampung. Biarpun mak ayah orang berada, tetap beri. Jika ada adik-beradik yang susah, bantu juga. Menjaga kebajikan keluarga membuka pintu rezeki yang luas.
9. Pengurusan Kewangan Bermula Dari Diri Sendiri
Pengurusan kewangan ini tak akan berjalan selagi diri sendiri masih lena dan alpa. Bagilah nasihat dan tips macam mana pun, kalau hati kata tidak, sampai ke sudah tak akan berubah. Kuatkan semangat, tetapkan matlamat, hidup kita ini terlalu singkat untuk kita persiakan.
Alhamdulillah, moga tips untuk simpan duit elak boros ini bermanfaat buat anda. Mula sekarang!
Begitulah.
Irfan Sa’id,
Nak capai matlamat bebas kewangan.
Lebih banyak ilmu di Channel Telegram dan join bersama lebih 700 subscribers lain.


