Zakat Emas dan Perak

Hari ini saya nak berkongsi tentang syarat-syarat wajib bagi zakat emas dan perak. Saya akan menjelaskan secara ringkas mengenai kedua-dua perkara ini insya-Allah.

Ramai yang masih takut nak mula menyimpan emas kerana risau perlu membayar zakat emas.

Sebenarnya, zakat inilah yang akan menyuburkan harta kita kerana kita telah membantu orang lain yang kurang berkemampuan di jalan Allah.

Untuk pengetahuan anda, emas dan perak diwajibkan zakat jika cukup haul (tempoh masa) dan nisab (nilai berat).

Kewajipan berzakat untuk kedua-dua logam ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.” (At-Taubah; 34-35)

Terdapat dua kategori zakat emas:


1. Emas yang disimpan (tidak dipakai).
Ia bermaksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam masa setahun. Nisabnya adalah 85 gram dan tempoh haul setahun. Rujuk gambar di bawah.

Zakat emas simpanan

2. Emas yang dipakai (perhiasan).
Emas perhiasan yang dipakai walaupun sekali dalam masa setahun tidak wajib zakat ke atasnya.

Tetapi jika sudah melebihi uruf (nilai kebiasaan masyarakat setempat), maka diwajibkan zakat ke atas lebihan daripada nilai uruf.

Oh ya, nilai emas sahaja yang diambil kira, tidak termasuk batu permata.

Contohnya jika kita tinggal di Wilayah Persekutuan, urufnya adalah 800 gram emas.

Zakat emas perhiasan

Uruf bagi setiap negeri adalah berbeza. Rujuk di bawah:

  • Selangor & Kuala Lumpur : 800 gram
  • Johor : 850 gram
  • Terengganu : 850 gram
  • Perak : 500 gram
  • Pahang : 500 gram
  • Negeri Sembilan : 200 gram
  • Melaka : 180 gram
  • Kedah : 170 gram
  • Perlis : 85 gram
  • Penang : 165 gram
  • Sabah : 152 gram
  • Sarawak : 90 gram
  • Kelantan : Tiada Uruf
Pos Ar-Rahnu adalah salah satu rakan niaga Public Gold

“Encik Irfan, kalau emas yang telah digadai di Ar-Rahnu, dikenakan zakat atau tak?”

Ya, wajib zakat ke atasnya. Rujuk kaedah kiraan di bawah:

  • [ (Berat emas x harga semasa) – nilai pinjaman – upah simpan ] x 2.5%
  • [ (500 gram x RM 240/gram) – RM 80,000 – RM 608 ] x 2.5% = RM 984.80
Logam perak Public Gold

Bagi logam perak, pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut sama ada ia sebagai perhiasan atau simpanan (tidak dipakai).

Nisab bagi perak adalah 595 gram dan ke atas. Cara kiraannya:

  • Timbangan perak x nilai perak x 2.5%
  • 1,000 gram perak x RM 4.23/gram x 2.5% = RM 105.75

Semoga perkongsian ini membuka mata kita tentang zakat emas dan perak. Lebih banyak ilmu di https://t.me/irfsansaidali/

Irfan Sa’id,
Simpan emas sehingga layak bayar zakat!


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *