Emas Melawan Inflasi

Antara salah satu sebab paling kukuh kita menyimpan emas adalah untuk melawan inflasi.

Inflasi bermaksud peningkatan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan dari semasa ke semasa sementara kuasa mata wang semakin menurun.

Ini bererti kita hanya dapat membeli sesuatu barangan yang sama dengan kuantiti yang terhad. Inflasi berlaku disebabkan beberapa faktor.

Antaranya adalah ketidakseimbangan antara permintaan dan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan. Ia telah berlaku berabad lamanya dan akhirnya merugikan diri kita sebagai pengguna.

Solusi kepada inflasi adalah menukarkan harta kepada aset yang lebih selamat seperti emas dan hartanah. Aset ini sahaja yang mampu menyelamatkan kita semua.

Kalau anda anak jutawan atau pemilik bisnes terbesar di Malaysia, belilah rumah. Simpan untuk anak cucu. Tetapi kalau kita hanya rakyat marhaen, kita masih ada solusi lain.

Caranya beli dan simpan emas sikit-sikit. Sampai masa tukar emas kepada hartanah. Kemudian, jana pendapatan pasif hasil dari sewaan rumah. Bijak ke bijak?

“Jadi, bagaimana emas dapat melawan inflasi ni Encik Irfan?”

  • Nilai emas meningkat dalam jangka masa panjang.
    Emas adalah anugerah tuhan yang paling tak ternilai kerana ianya terhad. Sehingga ke hari ini, sebanyak 197,576 tan atau 2/3 emas yang telah dilombong sejak tahun 1950. Tak percaya? Rujuk sini https://www.gold.org/about-gold/gold-supply/gold-mining/how-much-gold.

    Disebabkan sumber emas ini terhad, maka pengeluaran dan permintaan produk emas ini menjadi tunjang kepada harga emas. Sudah pasti apabila emas makin digali, makin tinggi permintaannya seterusnya meningkatkan harganya. Rujuk graf di bawah.
Harga emas dalam tempoh 20 tahun
  • Mengekalkan kuasa pembelian.
    Jika anda lihat wang simpanan di bank meningkat oleh sebab kenaikan dividen, jangan tertipu. Hakikatnya, angka sahaja yang bertambah tetapi nilainya berkurang. Ia juga menjadi lebih teruk akibat kejatuhan mata wang.

    Cuba bertanya kepada golongan yang hidup pada zaman 70, 80-an. Berapakah wang saku yang diberikan untuk berbelanja di sekolah?

    Ikutkan pengalaman hasil bacaan saya sendiri, sekeping 50 sen mampu membeli sepinggan nasi, secawan air sirap dan sepeket keropok. Sekarang, 50 sen secawan kopi O pun tak lepas. Nanti kita tengok kisah 1 dinar = 1 ekor kambing pula.
1 Dinar = 1 ekor kambing
  • Dana pendidikan anak-anak.
    Sepertimana hanya emas saja yang mampu kejar harga rumah, begitu juga dengan dana pendidikan anak-anak. Semakin hari, kos ini akan meningkat.

    Contohnya, rata-rata kos pengajian di IPTA mencecah RM 28,500 dan ke atas. Maka, biaya anak anda wajib lebih lagi daripada itu. Jika kos pengajian ini ditukarkan ke bentuk gram emas, secara purata sebanyak 106 gram emas diperlukan. (harga semasa emas 5/8/2021, RM 267 segram.)

    Jika anda konsisten menabung 1 gram, 1 bulan bermula dari umur anak 1 tahun hingga 18 tahun, anda akan berhasil menyimpan sebanyak 216 gram emas bersamaan RM 57,672. Wow!

    Ianya sudah cukup menampung sebahagian besar kos pengajian anak-anak di universiti walau apa jua yang berlaku terhadap ekonomi negara ketika itu. Malah, jika anda konsisten menyimpan RM 100 sebulan pun sudah cukup bagus!

    Rujuk carta di bawah:
Pulangan instrumen pelaburan.

Jumlah emas terkumpul adalah sebanyak 137.02 gram bersamaan RM 34,256. Beza hampir RM 20,000 berbanding dividen ASB dan RM 30,000 bagi dividen Tabung Haji. Inilah hakikatnya yang anda tak boleh nafikan.

“Macam mana caranya nak mula simpan emas serendah RM 100 atau 1 gram sebulan ni Encik Irfan? Saya berminat!”

Caranya mudah saja. Terus buka akaun simpanan emas GAP dengan Public Gold. Info lanjut, baca di sini https://irfansaidali.com/apa-itu-akaun-emas-gap/.

Jadi, cukup sampai di sini sahaja dahulu. Semoga perkongsian ini membuka minda anda tentang kepentingan simpanan emas.

Nak mula simpan emas atau ada apa-apa persoalan, hubungi saya http://wasap.my/601132399333/PublicGold.

Irfan Sa’id,
Emas melawan inflasi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *