5 Cara Efektif Elak Ditipu Scammer Emas

Masih ramai orang kita yang sering terpedaya dengan harga jualan murah emas. Sedarlah kawan-kawan, ini bukan sekadar gurauan.

Hakikatnya, kalau kita ambil masa jenguk ke dalam group-group FB yang sembang pasal emas, mesti ada 1-2 cerita pasal scammer emas.

Katanya duit dah dibayar dua bulan yang lalu tapi barang masih tiada dalam tracking bila check dengan abang poslaju.

Meh saya kongsi tips nak elak ditipu scammer:

1. Beli dengan syarikat/penjual yang established.
Bila jenamanya sudah established, insya-Allah urusan nak membeli pun senang. Kalau tiba-tiba ada masalah, terus rujuk dengan syarikat/seller berkenaan.

Kuranglah risiko kita nak kena tipu sebab kita berurusan dengan orang yang betul-betul boleh dipercayai.

2. Kemukakan sijil patuh syariah.
Kalau syarikat, mohon ejen/dealer kemukakan sijil patuh syariah yang diterima. Jika ada bukti sijil ini, terus beli laju-laju. Insya-Allah tak kena tipu.

Sijil patuh syariah ini bukan calang-calang syarikat boleh dapat. Makan masa tau sebelum nak disahkan patuh syariah.

Sijil patuh syariah Public Gold

3. Verify sebelum membeli emas.
Kita pun ada berpuluh-puluh group FB emas. Minta saja ahli tolong verify syarikat/penjual, senang cerita. Tanya dengan yang lebih berpengalaman.

Penting untuk kita tahu tentang itu, rajin-rajinlah bertanya. Kalau betul syarikat/penjual itu trusted, sudah pasti testimoninya juga baik sekali.

Testimoni klien saya sendiri

4. Semak harga semasa emas.
Ini yang paling penting, sentiasa semak harga semasa. Jika tak pasti, pergi google atau tanya dengan otai-otai emas.
Ianya Wajib!

Meskipun itu barang lelong, takkanlah harganya jatuh mendadak. Itu namanya kelentong.

5. Scammer selalu memaksa.
Scammer ini, bila dia mesej kerjanya nak cepat sahaja. Seperti memaksa, tak ada angin, tak ada ribut nak suruh bankin deposit. Katanya masih ramai yang menanti. Kalau dibiarkan, nanti rugi.

Bila berbahasa pun, nampak sangat asingnya. Tak ada rupa orang berniaga. Saya pun pernah ada pengalaman, alhamdulillah tak terkena.

Haa dah dapat 5 tips di atas? Ini saya bagi satu lagi tips percuma!

Baca minimum 10 buku tentang emas. Ini cadangan dari pakar Tuan Azizi Ali jika kita nak mahir dalam dunia emas. Bila ada ilmu, barulah tak kena tipu.

Mungkin anda yang kenakan scammer itu pula hahaha!

Insya-Allah kita cuma berusaha, selebihnya kita tawakkal kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Lebih banyak ilmu di https://t.me/irfsansaidali/.

Leave a Comment

Your email address will not be published.