Duit hanyalah alat sahaja!

Duit ini adalah sebagai alat sahaja. Kekayaan yang kita dapat pun sekadar pinjaman sementara. Tidak ada apa yang perlu dibangga.

Jika ianya berada di tangan orang yang baik, maka hasilnya juga pasti baik. Pelbagai perkara yang bermanfaat boleh dilakukan dengan duit yang dimiliki. Antaranya:
– boleh bantu keluarga
– boleh bersedekah
– boleh berwakaf
– boleh berzakat

Tetapi jika ianya dapat ke tangan orang yang salah, kita akan rasai sendiri padahnya. Banyak juga perkara buruk boleh berlaku. Kita sendiri pun tahu. Contohnya:
– rasuah
– korupsi
– menggunakan duit untuk mendapat kekuasaan, wanita dan pangkat.

Kawan,

Mempunyai duit yang banyak dan kekayaan yang melimpah-ruah tak salah. Ianya hanyalah sekadar alat dan benda yang tak bernyawa. Kita yang bertanggungjawab terhadapnya.

Terpulang kepada kita yang mempunyai akal fikiran untuk buat apa dengan duit dan kekayaan yang kita miliki. Kita boleh menilai mana yang baik, mana yang buruk.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Menjadi kaya bukanlah satu kesalahan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *