Simpanan Emas Public Gold: RM100 Dah Boleh Mula!

Saya nak senaraikan secara ringkas tapi padat tentang simpanan emas Public Gold melalui Akaun GAP (Gold Accumulation Program) dan SAP (Silver Accumulation Program).

Kalau anda masih baru dan mencari cara mudah untuk simpan emas, inilah peluang terbaik yang fleksibel, patuh syariah dan mesra bajet.

1. Patuh Syariah – Diiktiraf Amanie Advisors

Setiap transaksi pembelian emas atau perak Public Gold, termasuklah yang dibeli melalui GAP/SAP adalah memenuhi akad jual beli barang ribawi. Ianya telah disahkan patuh shariah oleh panel shariah, Amanie Advisors. Rujuk sijil dibawah:

Sijil Patuh Syariah Public Gold
Sijil Patuh Syariah Public Gold
Simpanan emas Public Gold; Siap masuk berita tau!
Siap masuk berita!

2. Tiada Yuran Simpanan Tahunan atau Bulanan

Dengan GAP dan SAP, anda tidak dikenakan sebarang bayaran simpanan. Tiada yuran tahunan, tiada yuran bulanan. Berbeza dengan bank yang kenakan kos simpanan tahunan.

Anda hanya bayar caj premium jika ingin keluarkan emas/perak dalam bentuk fizikal atau menggunakan servis penghantaran berinsurans (GIT Withdrawal).

Simpanan emas Public Gold: Caj premium Public Gold
Caj premium emas Public Gold

3. Mula Simpan Emas Dari RM100 Sahaja

Inilah kelebihan utama simpanan emas Public Gold: anda boleh mula serendah RM100! Pembelian minimum hanyalah RM100, tiada had maksimum.

Contohnya, pada 27 Februari 2021:

  • RM100 bersamaan 0.4049 gram emas GAP.

Setiap kali beli, jumlah akan ditukar automatik kepada gram emas mengikut harga semasa.

Kelebihan Simpanan Emas Public Gold: Harga emas pada tahun 2021
Harga emas pada tahun 2021

4. Bebas Komitmen Bulanan

Public Gold tak paksa anda menyimpan setiap bulan. Anda bebas nak tambah simpanan bila-bila masa, ikut bajet dan kemampuan sendiri.

Ada duit lebih bulan ni? Tukar ke emas dalam Akaun GAP.
Tak cukup bajet bulan depan? Tak perlu risau, tak ada komitmen tetap.

5. Akses Online 24/7 Melalui App

Simpanan emas Public Gold juga mesra teknologi. Anda boleh uruskan akaun GAP dan SAP melalui:

  • Website rasmi
  • Aplikasi mudah alih (Android & iOS)

Harga emas dikemaskini setiap hari jam 12 malam. Lepas 12:30 pagi, anda dah boleh topup emas anda.

Topup emas GAP guna App Public Gold, lebih mudah!
Topup emas GAP guna App Public Gold, lebih mudah!

6. Keluaran Emas Fizikal Yang Fleksibel

Ada emas dalam akaun GAP? Anda boleh keluarkan dalam bentuk:

  • Gold bar: 0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g
  • Dinar emas: 1 dinar (4.25g), 5 dinar, 10 dinar
  • Produk perak SAP: 250g, 500g, 1kg silver bar

Contoh: Jika anda ada 6 gram emas, anda boleh keluarkan 6g kesemuanya, tanpa perlu tinggalkan baki gram dalam akaun!

Emas fizikal yang anda boleh withdraw dari Akaun GAP
Emas fizikal yang anda boleh withdraw dari Akaun GAP

7. Jual Balik Kepada Public Gold Bila-Bila Masa

Anda juga boleh jual semula emas/perak dalam akaun GAP dan SAP kepada Public Gold dengan mudah.

Spread GAP hanyalah 8.5%, antara terendah dalam pasaran emas fizikal

Kadar jual balik ikut harga buy-back semasa.

8. Gadai Emas Secara Online

Satu kelebihan eksklusif: Public Gold menyediakan servis Ar-Rahnu online.

  • Tak perlu bawa emas fizikal
  • Gadai terus melalui akaun GAP anda
  • Duit masuk ke akaun bank selepas diluluskan
Sistem Gadaian Online di Akaun GAP Public Gold
Sistem Gadaian Online di Akaun GAP Public Gold

9. Buka Akaun GAP Junior Untuk Anak

Anda juga boleh buka akaun simpanan emas untuk anak di bawah umur 18 tahun. Ibu bapa akan jadi wakil akaun sehingga anak mencecah usia dewasa. Info yang anda perlu tahu:

  • Hanya boleh beli melalui GAP
  • Bila umur 18 tahun, akaun akan dikemaskini menjadi akaun dewasa. Saya akan bantu untuk proses kemaskini.

🎁 Bonus daripada saya jika daftar Junior Account:

  • Rebat RM10 setiap pendaftaran
  • Buku Travelog Emas bernilai RM30 secara percuma
Kelebihan Simpanan Emas untuk anak-anak
Kelebihan Simpanan Emas untuk anak-anak

Penutup: Simpanan Emas Yang Selamat, Mudah & Rendah Risiko

Dengan pelbagai kelebihan yang ditawarkan, simpanan emas Public Gold melalui GAP dan SAP adalah pilihan terbaik untuk anda yang:

✅ Baru nak mula simpan emas
✅ Mahu simpan emas dengan bajet kecil
✅ Inginkan simpanan jangka panjang yang stabil dan selamat

Tak kira anda nak simpan emas untuk diri sendiri, anak-anak, atau sebagai pelindung nilai jangka panjang, mulakan langkah anda hari ini.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *