“Aku Belajar Sesuatu”

Pengalaman pergi hiking Bukit Kutu ni memang dahsyat sungguh! Sepanjang pengalaman saya pergi hiking, memang tak pernah merasa sampai macam ni.

Awalnya saya dapat offer dari Cikgu Arash Halim untuk join ekspidisi ni sebab seorang line-up Cikgu Arash ada hal yang tak boleh nak dielakkan. Terus saya cakap on.

Peluang-peluang macam ni jarang sangat dapat. Dulu biasa hiking dengan kawan-kawan, kali ini kita hiking dengan cikgu. Tak tunggu lama, saya terus grab peluang ni.

Kami semua ada dalam 10 orang + Abang Din, guide kami. Ada cikgu-cikgu Al-Amin lain dan kawan-kawan cikgu pun ikut join sekali. Mak-mak kebanyakannya ni. Tapi semangat and stamina kalah saya!

Lain tau feeling pergi hiking dengan orang-orang berpengalaman ni. Dan ekspidisi kalini berbeza sangat sebab kami mula hiking pukul 8.30 pagi, sampai ke puncak dalam pukul 1 petang. Keluar dari hutan pukul 9.30 malam!

Abang Din memang dah anggar maksimum perjalanan kami dalam 4-5 jam. Tapi dengan hujan lebat 2-3 kali waktu turun, kami terlambat sikit sebab tak boleh nak menyeberangi sungai. Arus deras gilaa!

Pengalaman susah-payah dengan team, moment gelak-gelak, terkandas dalam hutan sebab tak boleh nak lintas sungai yang deras, baca Yaasin sementara tunggu air reda, fuhh memang berharga sesangat.

Dan bila masuk waktu solat, kami akan cuba cari kawasan yang sesuai untuk solat. Masing-masing keluarkan plastik dan berkongsi sesama kami agar semua orang dapat solat dengan selesa.

Moment yang paling saya ingat sekali, bila Cikgu Arash bagi semangat untuk panjat tangga dan naik sampai ke puncak paling hujung Bukit Kutu.

Waktu ni memang gayat habis! Nak berdiri dekat celah celah batu tu pun jantung berdebar laju gila, macam nak tercabut pun ada. Tapi atas semangat Cikgu Arash, alhamdulillah saya dapat naik.

Di puncak paling tinggi Bukit Kutu

Akhirnya saya dapat tengok sendiri keindahan ciptaan Allah SWT waktu berada di puncak paling hujung Bukit Kutu. Memang menakjubkan! Subhanallah.

On the way turun, saya belajar sesuatu.

Rasa takut dalam diri tu memang sebolehnya dikawal. Dan kalau ada dorongan yang kuat dari orang sekeliling, kita memang boleh keluarkan potensi diri kita yang sebenar.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat atas peluang ni. Memang banyak sangat saya belajar. Dan ilmu yang saya belajar juga dari Cikgu Arash, “setiap 165 meter pendakian, suhu akan turun 1 darjah celsius.”

Insya-Allah saya mesti ingat selalu.

Irfan Sa’id,
Bukit Kutu berjaya ditawan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.