“Aku ni seorang penyimpan atau pelabur emas?”

Ada 2 posisi dalam pembeli emas fizikal yang kita semua perlu tahu iaitu:
1. Penyimpan emas
2. Pelabur emas

1. Penyimpan Emas
Mereka adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal. Matlamat mereka hanya satu akan menukar dari bentuk wang kertas kepada emas fizikal untuk kegunaan masa hadapan.

Jika berlaku kecemasan, emas sebagai backup duit. Bawa emas ke Arrahnu untuk digadaikan dan dapat pinjaman tunai segera sebanyak 70% dari nilai semasa. Mudah kan bila simpan emas?

Antara ciri-ciri penyimpan emas adalah:

  • Mengelak kebocoran simpanan daripada terbelanja kepada benda tak perlu dan dapat kawal sifat boros berbelanja.
  • Emas sebagai simpanan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat.
  • Emas dapat lindungi kekayaan dari susut nilai yang terkesan akibat inflasi pada setiap tahun. RM10,000 pada 10 tahun lepas, hari ini dan 5 tahun akan datang takkan sama kuasa beli. Setiap tahun purchasing power wang kertas makin merosot!
  • Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji dalam bentuk simpanan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas sebabkan seolah-olah kita buat tambahan dana.
Apa perasaan kalau dapat pegang goldbar dengan tangan sendiri?

Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas mudah, ada duit lebih alih terus kepada emas. Mereka tidak risau harga emas naik atau turun. Kategori ini beli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas “semakin banyak gram, semakin tinggi nilai emas”.

Jadi, mereka akan konsisten menyimpan emas sehingga mencapai target tertentu seperti kahwin, nak tunaikan haji atau umrah dan dana deposit rumah pertama. Banyak lagi kalau saya nak senaraikan tentang fungsi simpanan emas ini.

2. Pelabur Emas
Ramai juga yang ingin menjadi pelabur emas kan? Perlu ingat seorang pelabur beli emas dalam kuantiti yang besar dan banyak. Minima belian emas untuk bergelar sebagai pelabur emas adalah 100 gram ke atas. Kurang dari ini, kita masih seorang penyimpan lagi.

Selalunya golongan ini bertujuan meningkatkan keuntungan dalam jangka masa sederhana. Mereka fokus pada keuntungan wang ringgit dan bukannya pada pertambahan simpanan emas. Jika ada perasaan sayang waktu nak jual, memang masalah!

Antara ciri-ciri seorang pelabur emas adalah:

  • Membeli emas ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi.
  • Mempunyai ilmu teknikal dan fundamental dalam menganalisis pasaran emas dunia.
  • Menjana keuntungan dengan aktiviti jual beli emas.
Jadikan ini sebagai target simpanan emas kita!

Formula mudah bagi seorang pelabur, yang dikejar adalah keuntungan emas apabila naik dan bersedia membeli pada harga rendah dalam kuantiti yang besar. Kalau anda berada di posisi ini, terus hadir ke kelas Tuan Noor Shufaad untuk mantapkan lagi ilmu analisis teknikal harga emas.

Saya sedia bimbing anda untuk kedua-dua kategori di atas. Bak kata guru emas saya, “masa terbaik beli emas adalah 10 tahun lepas dan masa kedua ialah pada hari ini.”

Dah kenalpasti posisi anda untuk menyimpan emas? Jadi, apa tunggu lagi? Jom mula simpan emas sekarang!

Irfan Sa’id,
PG00246861.
Telegram channel: Klik https://t.me/irfsansaidali

Leave a Comment

Your email address will not be published.