10 Kelebihan Simpanan GAP/SAP

Baiklah, untuk artikel kali ini saya nak senaraikan secara ringkas sahaja tentang kelebihan simpanan emas atau perak melalui Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP). Jom baca.

  1. Telah disahkan Patuh Syariah

Setiap transaksi pembelian emas atau perak Public Gold, termasuklah yang dibeli melalui GAP/SAP adalah memenuhi akad jual beli barang ribawi. Ianya telah disahkan patuh shariah oleh panel shariah, Amanie Advisors. Rujuk sijil dibawah:

Sijil Patuh Syariah Public Gold
Siap masuk berita!
  1. Yuran simpanan dalam Akaun GAP/SAP adalah PERCUMA

Tiada bayaran bulanan mahupun tahunan. Anda jimat kos peti simpanan emas disewa dari bank. Anda cuma membayar premium caj sekiranya ingin mengeluarkan (redeem) gram yang dikumpul dalam akaun ke dalam bentuk emas fizikal. Boleh juga gunakan servis postage emas berinsurans tau melalui GIT Withdrawal untuk dapatkan emas.

  1. Boleh membeli emas/perak serendah RM100

Ini adalah pembelian minimum manakala tiada had maksimum kalau nak beli. Nak beli 1 kilogram setiap minggu pun boleh! Mana lagi nak cari tawaran belian emas berketulenan 999.9 pada harga seredah ini.

Contoh harga 27/2/2021, dengan hanya RM 100 anda dapat 0.4049 gram emas. Jadi, nak mudah faham setiap kali pembelian ianya akan ditukar terus kepada gram pada hari tersebut.

  1. Tiada komitmen bulanan

Tak semua orang mampu menyimpan emas setiap bulan. Jadi, dengan akaun emas Public Gold ini terpulang dengan anda bila nak buat penambahan (top up) gram emas. Jika ada duit lebihan dari simpanan, terus tukarkan kepada emas.

  1. Kos penyimpanan emas/perak secara percuma dengan Public Gold

Apa yang anda beli, itulah jumlah simpanan emas/perak anda. Simpanlah 100 kilogram sekalipun, Public Gold tidak akan kenakan bayaran untuk kos simpanan. Simpanan anda tidak akan diusik langsung!

  1. Belian secara online 24 jam sehari

Ada applikasi disediakan untuk pengguna Iphone dan Android. Anda boleh tambah simpanan sesuka hati anda. Emas anda kan? Anda punya sukalah hehe. Harganya pula akan dikemaskini setiap hari jam 12 malam. Selepas 12.30 malam, terus boleh topup.

  1. Boleh keluarkan emas/perak fizikal pada bila-bila masa dan fleksibel.

Fleksibel bermaksud boleh pilih produk apa yang hendak dikeluarkan. Contohnya jika anda memiliki 6 gram emas di akaun GAP, anda boleh keluarkan 5 gram gold bar ataupun 1 dinar (4.25 gram syiling emas). Yang penting ada baki minima 1 gram ditinggalkan.

  1. Boleh jual semula emas/perak pada bila-bila masa kepada Public Gold.

Harga jualan adalah bergantung kepada harga buy-back untuk emas/perak pada ketika jualan balik. Harga jualan balik jika buat secara online di GAP fixed pada kadar 8.3%.

  1. Gadai emas secara online di GAP/SAP.

Paling menarik, anda ada pilihan untuk buat gadaian emas menerusi akaun emas Public Gold ini. Di Malaysia, hanya Public Gold mempunyai kemudahan Ar-Rahnu secara atas talian. Best tau!

Klik di ‘ARRAHNU’
  1. Boleh buka Junior Account untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun.

Akaun kanak-kanak akan diwakilkan oleh ibu/bapa/penjaga. Ibu bapa boleh menjadi wakil kepada anak-anak untuk buat pengeluaran emas, selagimana mereka dibawah usia 18 tahun. Selepas kanak-kanak berumur lebih 18 tahun, secara automatik akan bertukar ke akaun dewasa. Untuk Junior Account, hanya boleh buat pembelian melalui GAP sahaja ya.

Kalau anda nak daftarkan junior account, saya bagi 2 pilihan untuk dapatkan hadiah dari saya:

  • Rebat RM 10 untuk setiap pendaftaran Junior Account
  • Percuma buku Travelog Emas yang berharga RM 30

Jadi, inilah kelebihan akaun simpana GAP/SAP. Sangat mesra pengguna dan mampu merealisasikan impian anda untuk mula simpan emas/perak walaupun dengan bajet yang kecil.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
PG00246861.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *