MUDAHNYA SIMPAN EMAS MELALUI AKAUN EMAS GAP
- Gold Accumulation Program (GAP) adalah suatu inisiatif yang diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan penyimpan emas menabung emas mereka.
- Public Gold juga merupakan syarikat emas pertama di Malaysia yang memperkenalkan akaun emas seperti ini. Sebelum ini, hanya bank saja yang menawarkannya.
Secara mudahnya, bayangkan GAP ini seperti akaun bank anda.
Proses simpanan emas dalam akaun GAP sama seperti simpanan akaun bank. Bezanya, dengan akaun GAP – tiap kali buat pembelian akan terus di tukar kepada nilai gram (ikut harga semasa).
Contoh Abu mula simpan emas tahun 2019,
1 Oktober 2019 dia beli 1 gram harga RM208. Jadi, dalam akaun emas ada 1 gram.
Dan hari ini 16/12/2020 Abu beli lagi 1 gram. Jadi, Abu dah ada 2 gram dalam akaun emas beliau.
Haa boleh nampak dah? Anda menabung emas sedikit demi sedikit dalam akaun GAP.
Bila sudah banyak atau sudah capai target, anda boleh mengeluarkan emas fizikal dengan hanya ke cawangan berdekatan. Sekiranya anda tinggal jauh dari cawangan, Public Gold boleh poskan emas anda dan ianya dilindungi insurans.
AKAUN GAP MENYELESAIKAN DUA MASALAH UTAMA
Ramai antara kita yang betul-betul teringin untuk memiliki emas fizikal tetapi terdapat halangan-halangan kecil yang membantutkan niat tersebut.
Public Gold nampak masalah ini dan tanpa berlengah, Public Gold mengorak satu langkah ke hadapan untuk membantu menyelesaikan dua masalah tersebut iaitu:
- Takut simpan sendiri
- Bajet kecil
1. Takut Simpan Sendiri
Penyimpan emas memang ada mindset macam ni dari dulu lagi. Jongkong emas yang kecil dan berharga lebih kurang RM 2,000 itu pening kepala difikirnya mana nak simpan.
Sekarang kita dah tak perlu risau. Public Gold sediakan akaun emas GAP untuk kita menyimpan emas dengan hati yang tenang. Simpanlah emas banyak mana pun.
Simpanlah emas selama mana pun yang anda suka. Public Gold tidak mengenakan apa-apa caj atau upah simpan.
2. Bajet Kecil
Sebelum ini pasti ramai yang fikir nak simpan emas mesti perlukan duit yang banyak. Mungkin beribu-ribu ringgit. Golongan yang banyak duit saja mampu menyimpan logam berharga ini. Kini tidak lagi.
Serendah RM 100 pun dah boleh menyimpan emas fizikal. Jangan terkejut kalau saya kata ada pelajar yang simpan lebih 30 gram emas. Berat 30 gram tu lebih kurang RM 8,000 tau!
Jadi, kalau sahabat ada bajet RM 300, RM 200 atau RM 100 sekalipun sebulan, anda dah boleh simpan emas fizikal. Tak perlu tunggu bajet besar baru nak menyimpan.
Gunakan konsep sedekah sebelum kaya. Risau dah kaya nanti tak bersedekah pun. Sama juga menyimpan emas. Tak tersimpan pun nanti kalau asyik menunggu. Risiko duit bocor tu lebih tinggi.
SYARAT & KELEBIHAN GAP
- Disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd
- Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24k).
- Pembelian minima 1 gram atau RM 100 dan tiada maksimanya.
- Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001 gram).
- Tiada komitmen belian setiap bulan. Belilah mengikut bajet dan kemampuan.
- Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9.
- Pengeluaran sekurang-kurangnya 1 gram emas fizikal di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
- Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan.
- Tiada yuran simpanan dikenakan walau berapa banyak emas dan berapa lama pun disimpan.
- Pegangan minima dalam akaun 1 gram sahaja. Boleh keluarkan semua emas dalam GAP. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
- Diaudit oleh juruaudit bebas.
- Urusniaga bila-bila masa secara online. 24 jam sehari, 365 hari setahun.
- Mudah nak kumpul aset. Jika nak kumpul 100 gram, anda boleh menabung gunakan kaedah 1 bulan 1 gram. Nanti bila dah capai target, boleh keluarkan jongkong emas fizikal 100 gram seketul.
SIAPA YANG BERMANFAAT DENGAN AKAUN GAP?
- Nak mulakan simpanan emas tetapi bajet kecil (bawah RM 500).
- Nak buat simpanan emas secara konsisten dengan bajet kecil sekitar RM 100 – RM 200 sebulan.
- Nak simpan emas tetapi risau nak simpan sendiri. Takut hilang atau lupa.
- Nak simpan emas tetapi menetap di luar negara atau tinggal jauh dari cawangan Public Gold.
- Nak mula memiliki aset fizikal mampu milik serendah RM 100 (0.3+++ gram).
- Nak mulakan simpanan paksa yang kalis bocor. Boleh buat autodebit atau potongan gaji setiap bulan.
- Nak jadikan emas sebagai simpanan dana pendidikan anak.
- Nak mulakan simpanan untuk masa depan contohnya pergi haji, beli hartanah, berkahwin dan sebagainya.
- Penyimpan emas (gold saver) boleh menyimpan emas dengan lebih sistematik.
- Pelabur emas (gold investor) boleh mula melabur dengan modal serendah 1 gram atau RM 100.
KEMUDAHAN GAP
- Beli emas secara online 24/7.
- Jual emas secara online 24/7.
- Pajak emas secara online 24/7.
- Transfer emas secara online 24/7 ke C-Wallet dalam PG Mall dengan 5% spread (susut nilai).
- Pengeluaran emas fizikal bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.
- Semak rekod belian, jualan, transfer dan pengeluaran.
- Penyata akaun selama 3 bulan.
Jom mula simpan dengan akaun emas GAP! Klik butang di bawah untuk daftar. Nanti saya akan masukkan anda ke Group Support Customer Irfan Sa’id dan bimbing cara belian.