Asas Simpanan

Simpan, simpan dan simpan. Perkataan inilah yang akan selalu kita dengar walau di mana pun kita berada.

Tapi betulkah kita dah faham apa sebenarnya asas sebelum kita mula menyimpan. Jom saya terangkan.

Ada dua asas kepada simpanan. Yang pertama adalah:
1. Disiplin

Waktu kita kecil-kecil dahulu, mesti mak dan ayah kita selalu ingatkan kita untuk menyimpan. Setiap kali dapat duit, mesti RM 1-2 akan masuk tabung dulu.

Kalau ada kawan-kawan mak dan ayah yang bagi duit, mesti duit itu mak ayah kita pesan untuk simpan sebelum kita belanja beli mainan dan aiskrim.

Bila kita makin membesar, sifat menyimpan itu sebenarnya sudah ada dalam naluri diri hasil dari didikan mak ayah sedari awal lagi.

Dalam tak sedar, mak ayah kita sedang pupuk disiplin dalam diri anak-anak supaya utamakan simpanan terlebih dahulu. Dan anak-anak kecil ini (iaitu kita) akan lebih cepat belajar dari tunjuk ajar ibu bapa kita sendiri.

2. Matlamat yang jelas

Matlamat yang jelas adalah asas simpanan yang kedua dalam hidup kita. Waktu kita masih kecil, kita selalu ada target dengan simpanan yang kita ada.

Contohnya nak beli aiskrim dekat kedai, nak beli mainan-mainan ataupun niat nak beli baju Raya yang baru. Haa matlamat inilah yang jadikan kita terus bersemangat!

Jadi, bila kita makin membesar, sifat ini yang harus kita kekalkan. Sudah pasti bila makin dewasa, kita ada matlamat yang lebih besar untuk dicapai contohnya nak pergi Umrah, nak beli rumah, kereta dan sebagainya.

Insya-Allah jika kita terus disiplinkan diri menyimpan sejak kita muda, matlamat kita yang besar itu pun akan jadi semakin mudah nak direalisasikan.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Asas simpanan penentu masa hadapan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.