“Saya nak cuba-cuba simpan emas”

Orang yang simpan emas, dia dah tahu apa tujuan dia menyimpan. Dan bahagian mana duit yang digunakan ketika mula nak simpan emas.

Bukan main selamba sahaja dan tak ada perancangan langsung. Kebiasaannya orang yang macam ni masih belum bersedia nak simpan emas.

Nampak member beli emas, dia pun tak nak kalah. Belilah 1 gram emas dan duk canang dekat Facebook yang dia dah jadi pelabur emas berjaya.

Bila nampak orang lain tukar perabot baru bulan depan, tiba-tiba timbul niat di hati yang nak jual simpanan emas bulan lepas.

Kemudian merungut kenapa simpanan emas ni tak menguntungkan dia. Habis diburukkan semua tentang syarikat emas berkenaan.

Kawan-kawan,

Saya memang tak galakkan anda menyimpan emas jika anda masih ada niat ‘beli hari ini, bulan depan jual’ atau ‘nak untung cepat’.

Paling tidak, anda dah tahu yang simpanan emas ini khusus untuk jangka masa panjang.

Anda tahu apa matlamat anda simpan emas dan apa BIG WHY anda nak memulakan perjalanan dalam dunia emas dan perak.

Jangan disebabkan anda tak nak ketinggalan trend semasa, terus anda nak beli emas.

Ubati sifat boros dengan simpan emas

Contohnya anda seorang student dan anda sedar yang selama menyimpan duit di bank, jumlahnya tak pernah meningkat. Sebabnya selalu habis dibelanjakan di platform-platform shopping online.

RM 100 pun dah boleh simpan emas dengan GAP!

Waktu ini, anda tahu anda nak ubati sifat suka berbelanja barang-barang yang tak perlu. Jadi, anda dah tetapkan matlamat nak pupuk disiplin dalam diri dengan menyimpan emas.

Perlahan-lahan sifat suka menabung itu akan hadir dalam diri sendiri kerana aura emas menarik kita untuk terus menyimpan. Aura duit pula datang bila kita syok berbelanja tak tentu hala.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
Follow rapat-rapat!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *