Pada mulanya, saya memang rasa berat hati nak jejakkan kaki ke Annual Recognition Award (ARN) Public Gold di Grand Ballroom KL Convention Centre semalam. Namun, momen ini menjadi sumber Inspirasi saya untuk memulakan karier bersama Public Gold.
Bukan apa, saya segan!
Event besar-besaran begini, yang menghimpunkan ramai orang hebat. Dari achievers Public Gold tempatan hinggalah Top Dealers dari Brunei, Indonesia, dan Singapura. Buatkan saya rasa kerdil sangat.
Bayangkan, sebelum nak gerak dari rumah, saya boleh mesej Tuan Hafizul Hakim tanya, “Boleh ke kalau tak pakai coat?” Hahaha, sebab rasa malu gila nak bergaya.
Namun, selepas Tuan Hafizul Hakim dan Tuan Hilmi Ya’kub memberikan ‘push’ dan menjelaskan ‘kenapa’ kami wajib hadir ke ARN, barulah saya beranikan diri book satu seat.
Nota: Satu meja 10 orang, seorang RM300. Ya, terkejut? Tapi inilah investment ilmu dan jaringan yang sangat berbaloi!
Momen Penuh Inspirasi ARN Public Gold
Penganjuran terpaksa dibahagikan kepada dua sesi, pagi (bermula 7 pagi) dan petang (pukul 5 petang), kerana terlalu ramai achievers yang perlu diiktiraf. Ini menunjukkan betapa besarnya komuniti Public Gold!
Bila tamat sahaja sesi malam semalam, dan saya duduk termenung di hadapan KLCC pada pukul 12 pagi, barulah kesedaran itu hadir.
“Inilah sebabnya kenapa aku kena hadir ke ARN Public Gold. Momen yang paling bersejarah dan takkan aku lupakan.”
Betullah bak kata Tuan Hafizul Hakim, kita bukan datang setakat nak dinner dan seronok-seronok. Kita datang dengan niat nak belajar, nak refresh energy, dan nak ambil inspirasi dari semua achievers yang sudah terbukti berjaya (proven success).
Koleksi Momen Berharga ARN Public Gold

Ini adalah sebahagian daripada individu hebat yang sempat saya temui dan curi ilmu semalam:
-
Team PGAllStars: Bergambar dengan pasukan kesayangan di bawah bimbingan Tuan Hafizul Hakim. Memang segak!
-
Dr. Azizul Azli Ahmad: Sempat ambil peluang bergambar dengan “retis-retis” kewangan ni. Hehehe.
-
Dato’ Wira Louis Ng: Rasa bangga tak terhingga dapat satu frame dengan Pengasas Public Gold!
-
Tuan Syukor Hashim: Mahaguru Emas Malaysia! Mentorrr saya ni, excited gila dapat jumpa!
-
Mr. Harrison Chiang: Duduk meja VVIP dan bergambar dengan antara orang penting dalam Public Gold.
-
Pasangan Achievers Brunei: Tuan Aziz Azahari dan Puan Nurmariah dari Team #PGAllStars. Pasangan hebat dari Brunei yang menang banyak gila award (berapa kali naik turun pentas!).
-
Dealer Hebat: Puan Hazirah Jalil dan suami, juga dari Team #PGAllStars Brunei Darussalam.
-
Tuan Fauzi: Berjumpa lagi dengan Intelligent People ni. Cubalah search kes Lahad Datu ceroboh Malaysia—beliaulah antara individu penting yang handle kes tu dulu.
-
Idola: Bersama Tuan Abdul Rahman dan Tuan Hafiz Syafie. Powerrr, saya follow dari dulu lagi!
-
Lambai Dari Jauh: Saya sempat lambai Tuan Azizi Ali dari jauh genggg! Itu pun dah happy gila. Ramai sangat orang nak bergambar dengan beliau, memang famous sungguh.
Penutup
Irfan Sa’id, Tolong doakan tauuu ramai-ramai supaya saya pun dapat naik pentas Annual Recognition Award tahun depan! Aminnnn.
Ini adalah sebahagian daripada Inspirasi ARN Public Gold yang saya perolehi.


