Bayaran haji untuk musim 1446H/2025M telah pun diumumkan, dan jumlahnya menarik perhatian ramai bakal jemaah.
Untuk makluman anda juga, kos menunaikan ibadah haji berbeza mengikut kategori pendapatan – B40, M40, dan T20. Apa bezanya? Ramai juga yang susah hati bila sebut tentang tunaikan Haji. Kerana kosnya yang menelan belanja agak besar.
Jadi, apa caranya untuk kita nak tunaikan rukun ibadah yang kelima ini? Jika anda sedang mencari cara yang lebih bijak untuk menyimpan bagi tujuan ini, emas mungkin jawapannya!
Mari kita kupas bagaimana emas boleh membantu anda merancang kewangan haji dengan lebih efisien dan tenang.
Berapa Kos Haji 1446H/2025M?
Bagi tahun 2025 (1446H), Tabung Haji telah menetapkan kadar bayaran haji berdasarkan kategori pendapatan:
- Kategori B40: RM15,000 seorang (Selepas menerima bantuan RM1,000 daripada Kerajaan Malaysia. Bayaran asal adalah RM16,000).
- Kategori M40: RM23,500 seorang.
- Kategori T20: RM33,300 seorang.

Kadar kenaikan kos Haji berbanding tahun sebelumnya telah meningkat sebanyak 20% bagi kategori B40 dan M40.

Kenaikan kos ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan perbelanjaan operasi semakin meningkat saban tahun. Sebab itu, perancangan kewangan sangatlah penting untuk memastikan anda dapat menunaikan rukun Islam kelima ini dengan tenang.
Faktor seperti inflasi, perubahan mata wang, dan peningkatan kos perkhidmatan mempengaruhi jumlah bayaran. Satu kaedah yang semakin popular ialah menyimpan dalam bentuk emas seperti dinar emas dan jongkong emas.
Jika anda konsisten menyimpan emas, ia akan meningkat seiring waktu, dan menjadikannya alternatif yang selamat berbanding wang tunai semata-mata.
Mengapa Simpanan Emas Jadi Pilihan Untuk Haji?
Tahukah anda, emas adalah salah satu instrumen simpanan yang sudah digunakan sejak zaman Rasulullah? Mari kita lihat mengapa emas, seperti jongkong emas atau dinar, adalah pilihan terbaik untuk simpanan haji:
- Nilai Kalis Inflasi
Wang kertas boleh kehilangan nilainya dari masa ke masa, tetapi emas cenderung untuk mengekalkan nilainya. Jika anda menyimpan RM10,000 dalam bentuk emas 5 tahun lalu, nilainya kini mungkin jauh lebih tinggi.
- Mudah Dicairkan (Liquid)
Emas mudah dijual atau dicairkan kepada wang tunai jika anda memerlukan dana untuk bayaran haji. Anda boleh menjualnya di kedai emas, syarikat seperti Public Gold atau gadaikan di Ar-Rahnu.

- Disiplin Menyimpan
Berbanding simpanan wang tunai yang mudah digunakan untuk perbelanjaan lain, menyimpan emas membantu anda lebih berdisiplin. Apabila anda lihat jongkong emas atau dinar di tangan, anda lebih cenderung menyimpannya.
- Aset Mudah Alih
Emas adalah aset fizikal yang kecil tetapi bernilai tinggi. Anda boleh menyimpan 1 dinar emas (berat sekitar 4.25 gram) yang saiznya kecil macam syiling 10 sen tetapi bernilai ribuan ringgit.

Dinar vs. Jongkong Emas: Mana Lebih Sesuai Untuk Haji?
Sekarang timbul persoalan, patutkah anda menyimpan dinar emas atau jongkong emas untuk membiayai bayaran haji? Sebenarnya, kedua-duanya bagus saja. Contoh seperti Gold Bar & Dinar di Public Gold.
Yang sedang merancang nak menunaikan ibadah rukun kelima ini, saya pecahkan target simpanan emas supaya mudah anda capai. Insya-Allah cukup untuk tampung kos seorang jemaah Haji kategori B40:




Di Public Gold, anda boleh pilih cara bayaran EPP10 untuk buat force saving dalam emas. Kelebihannya, anda dapat kunci harga emas semasa dan bayar jumlah yang sama untuk 9 bulan akan datang.
Jadi, tak kisah anda pilih Gold Bar atau Dinar, kedua-duanya tetap untung untuk jangka panjang. Terpulang kepada kedalaman poket anda sendiri sahaja.
Kesimpulan: Bijak Merancang Demi Impian Haji
Bayaran haji 1446H/2025M yang diumumkan mungkin membuat ramai rasa tertekan, tetapi dengan perancangan bijak, impian kita pasti akan tercapai. Malah, dengan simpanan emas seperti dinar dan jongkong bukan sahaja mampu melawan inflasi, tetapi ia juga memendekkan tempoh kita untuk menabung & capai target untuk tunaikan Haji.
Jadi, mulakan sekarang. Sama ada anda menyimpan 1 Dinar setahun dengan cara EPP10 atau membeli 50g Gold Bar sekaligus, setiap langkah membawa anda lebih dekat ke Tanah Suci.
Ingat, usaha kecil yang konsisten akan menghasilkan kejayaan besar!
Jika anda sudah memulakan simpanan emas, kongsikan pengalaman anda di ruang komen. Bagi anda yang belum bermula, jangan tunggu lama-lama! Semoga impian menunaikan haji 1446H menjadi kenyataan untuk anda sekeluarga.
Irfan Sa’id,
17/12/2024.