Caj Premium Public Gold – Apakah maksud caj premium? Caj premium adalah caj yang dikenakan ke atas produk fizikal yang merangkumi:
-
Logistik.
-
Gaji staf Public Gold.
-
Insurans emas dan perak.
-
Kos minting (kos pengeluaran jongkong/dinar).
Untuk pengetahuan anda, carta harga emas di laman web Public Gold adalah berdasarkan harga emas semasa dan belum dicampur caj premium.
Tips Jimat Caj Premium
Saya ada tips penting untuk anda jimatkan caj premium ini, terutamanya apabila anda membuat pengeluaran emas fizikal dari akaun GAP. Caj premium dikenakan mengikut item, bukan mengikut berat per gram, jadi anda perlu memilih item yang lebih besar untuk kos premium per gram yang lebih rendah.
Contohnya, anda ingin membeli atau mengeluarkan emas dari GAP berjumlah 30 gram, saya akan sarankan anda pilih item (menggunakan kadar Premium Emas SM yang lebih rendah):
-
20 gram – sekeping (caj premium RM 20)
-
10 gram – sekeping (caj premium RM 15)
Jumlah caj premium hanyalah RM 35 sahaja. Anda dah jimat RM 10 berbanding kalau anda memilih 10 gram – 3 keping (caj premium RM 15 x 3 = RM 45).
Jimat kan? Keuntungan kembali pada anda juga. Secara tidak langsung, nilai spread (beza harga PG Sell vs PG Buyback) pun makin rendah. Bertuah betul anda dapat tips ini.
Soalan Lazim Mengenai Caj Public Gold
“Caj premium ini maksudnya caj penghantaran ke?” Bukan. Kalau di Public Gold, caj penghantaran dikenali dengan caj GIT (Gold-in-Transit).
Untuk penghantaran emas terus ke alamat pembeli, anda akan dikenakan caj GIT. Setiap penghantaran GIT terhad kepada 21.25 gram emas sahaja dan ianya dilindungi insurans 100%. Lebih 21.25g, kita set appointment dan collect emas di cawangan terdekat.

“Ada caj-caj lain?”
Tiada, cuma kalau anda pilih pembelian emas secara EPP (Easy Payment Purchase), akan ada tambahan EPP premium.
Kiraannya = Harga emas + Caj premium + EPP premium. Rujuk jadual EPP premium yang berkaitan ya.

“Kenapa kena ada caj premium walau kita ambil sendiri di cawangan terdekat?”
Cawangan Public Gold tidak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre.
Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan cawangan tertentu.
Tonton video “PG Safe-International Standard Service” ini untuk lihat sendiri tempat penyimpanan emas Public Gold.
PG Safe-International Standard Service
Alhamdulillah, sekarang dah faham kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.
Irfan Sa’id,
Lebih banyak ilmu di Channel Telegram saya dan join bersama lebih 700 subscribers lain.


