Cara Gadai Emas GAP Public Gold Secara Online Dengan Mudah

Cara Gadai Emas: Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan satu topik yang sangat praktikal untuk penyimpan emas, iaitu cara gadai emas GAP secara online melalui Public Gold.

Ramai belum tahu bahawa kita sebenarnya boleh gadai emas tanpa perlu pergi ke Ar-Rahnu fizikal. Malah, proses ini boleh dilakukan sepenuhnya atas talian, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Public Gold bukan sekadar platform beli dan simpan emas. Ia juga menyediakan kemudahan gadaian emas online melalui Akaun GAP, satu kelebihan yang menjadikan emas sebagai instrumen kewangan yang fleksibel.

Jom saya terangkan bagaimana ia berfungsi dan bagaimana anda boleh manfaatkan kemudahan ini dengan selamat dan mudah.

Kelebihan Gadai Emas Online di GAP

Sebelum saya tunjukkan langkah-langkah gadaian, penting untuk kita fahami apa kelebihan sistem ini:
1. Proses 100% secara online, tiada urusan fizikal di kaunter.
2. Boleh gadai emas bila-bila masa, tidak terikat waktu pejabat.
3. Kadar upah simpan hanya 1% sebulan, lebih rendah dari kebanyakan Ar-Rahnu biasa.
4. Tiada rekod pinjaman dalam CCRIS, sesuai untuk yang jaga rekod kewangan.
5. Tidak perlu keluarkan emas fizikal kerana gadai terus dari gram dalam akaun GAP.

Menariknya, akaun GAP Public Gold merupakan satu-satunya akaun emas di Malaysia yang menawarkan kemudahan gadaian secara atas talian melalui anak syarikatnya yang dikenali sebagai Koperasi Dagang Emas (KDE).

Siapa Koperasi Dagang Emas (KDE)?

Mungkin ada yang tertanya-tanya: “Kalau kita gadai emas GAP, ke mana emas itu pergi?”

Jawapannya, emas anda tidak bergerak ke mana-mana. Ia kekal dalam sistem GAP, tetapi digadaikan secara rekod dalaman kepada Koperasi Dagang Emas (KDE).

KDE adalah anak syarikat Public Gold yang telah mula beroperasi sejak tahun 2010 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Ibu pejabatnya terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

KDE bertindak sebagai institusi Ar-Rahnu yang memegang cagaran emas digital dari akaun GAP anda dan memberikan pinjaman tunai berdasarkan nilai semasa emas.

Cara gadai emas: Kelebihan gadai emas di KDE
Kelebihan gadai emas di KDE

Langkah Gadai Emas GAP Secara Online

  1. Klik MY GAP > AR-RAHNU
  2. Isi Kuantiti
  3. Pilih Bank (Pastikan dah update Bank Info)
  4. Upload gambar IC dan Penyata Bank (Online pun boleh)
  5. Klik Confirm dan sahkan nombor TAC.
Cara gadai emas Akaun GAP; Step 1
Step 1
Cara gadai emas Akaun GAP; Step 2
Step 2
Gadai emas di Akaun GAP via app Public Gold
Gadai emas di Akaun GAP via app Public Gold

Setelah selesai, terus maklumkan pada staff tentang transaksi gadaian dengan menggunakan Help Ticket.

Cara hantar Help Ticket.

Duit gadaian emas akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Kebiasaannya akan mengambil masa dalam 2-3 hari.

Duit telah dikreditkan.

Cara Tebus Semula Emas GAP yang Digadai

Setelah anda bersedia untuk menebus semula emas yang digadai, berikut langkah-langkahnya:

  1. Sebelum membuat pembayaran, semak jumlahnya di My GAP > Arrahnu > Arrahnu History
  2. Kemudian, boleh transfer ke akaun bank Koperasi Dagang Emas. Rujuk nombor akaun di bawah.
  3. Buka Help Ticket dan hantar bukti resit pembayaran. Masukkan PG CODE dan Nombor Transaksi GAP.
  4. Gram emas akan dikreditkan ke dalam akaun GAP anda dalam masa 7 hari bekerja (pembayaran melalui manual bank in).
  5. Jika anda bayar terus menggunakan FPX, gram emas akan dikreditkan semula ke dalam akaun dalam masa 24 jam.
Nombor akaun bank KDE

FAQ tentang Gadai Emas GAP

Berikut beberapa soalan yang sering ditanya berkaitan proses gadaian ini:

1. Berapa kadar pinjaman?

Kadar pinjaman adalah sebanyak 70% dari harga emas semasa.

Contoh: 10 gram (gadaian emas) x RM263 segram (Harga semasa) x 70% = RM1,841.

2. Kalau bayar habis sebelum cukup sebulan. Berapa kadar upah simpan?

Kadar upah simpan dikira secara bulanan. Sekiranya habis awal, kadar upah tetap 1 bulan.

Contoh: Kadar upah simpan = RM30.
Sekiranya bayar habis pinjaman + upah simpan dalam masa 1 minggu. Upah simpan adalah RM30.

3. Berapa lama tempoh maksimum pinjaman Ar-rahnu GAP?

Tempoh maksimum adalah 8 bulan (6+2) sahaja.

4. Boleh bayar secara ansuran pinjaman Ar-rahnu GAP?

Buat masa ini, belum boleh. Sila maklumkan kepada staff Public Gold melalui Help Ticket untuk sebarang bantuan cara bayaran balik.

Tips Gadai Emas dengan Bijak

Berikut beberapa tips untuk anda manfaatkan sistem gadaian ini secara berhemah:

  • Gunakan kemudahan gadai hanya jika benar-benar perlu, bukan untuk tujuan perbelanjaan tidak penting.
  • Jangan gadai keseluruhan simpanan emas. Simpan sebahagian sebagai rizab.
  • Ambil pinjaman kurang daripada 70% maksimum untuk elakkan beban semasa tebus.
  • Rancang bayaran awal supaya tidak terkena lanjutan upah simpan.
  • Simpan semua resit dan rekod komunikasi untuk rujukan masa hadapan.

Sistem ini sangat sesuai dijadikan ‘pelampung kecemasan’ kewangan sementara, terutama bagi penyimpan emas jangka panjang yang tidak mahu menjual pegangan mereka.

Penutup: Gadaian Emas GAP Amat Memudahkan

Kemudahan gadaian emas GAP secara online melalui Public Gold adalah satu ciri unik yang memberi fleksibiliti kepada penyimpan emas. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh mendapatkan pinjaman tunai tanpa perlu menjual emas atau berurusan dengan bank. Ia selamat, patuh syariah, dan tidak membebankan.

Jika anda belum mempunyai akaun GAP, inilah masa terbaik untuk bermula. Dan jika anda sudah menyimpan emas dalam GAP, sistem gadai ini boleh menjadi penyelamat anda semasa kecemasan.

Semoga panduan ini bermanfaat dan menjawab persoalan anda tentang cara gadai emas GAP secara online. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan atau ahli keluarga yang mungkin memerlukan info ini.

Klik link ini untuk mula menyimpan dalam Akaun GAP Public Gold

Irfan Sa’id,
Dealer Sah Public Gold.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *