Seimbangkan tahap kewangan peribadi

Cara nak ubah sikap mengurus kewangan. Simpan dulu, belanja kemudian. 10% minima perlu disimpan, lebih tinggi lebih bagus.

Untuk berjaya wujudkan simpanan, tak lain tak bukan kita perlu seimbangkan tahap kewangan peribadi terlebih dahulu.

Kadang kita terlalu sibuk sampai terbelanja lebih dari apa yang sepatutnya disebabkan aktiviti-aktiviti tersebut.

Contoh paling mudah, asyik keluar malam main futsal setiap minggu. Dah la tu, seminggu main dalam 2-3 kali. Sekali bayar, RM10 seorang.

Haaa mana tak kopak kan? Belum campur kalau kengkawan ajak lepak mamak. Alamatnya RM20 mesti habis malam tu. Pening kepala derrr.

Gais,

Banyak aktiviti yang kita perlu seimbangkan. Dari segi perbelanjaan, kehidupan, simpanan, percutian dan lain-lain.

Semua itu semestinya untuk perbaiki tahap kewangan peribadi dan nak bagi kita senang hati. Iyalah, kalau diri sendiri pun tak tahu ke mana duit gaji dibelanjakan, confirm stress je memanjang sampai ke sudah!

Irfan Sa’id,
Sama-sama celik kewangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *