Tips Urus Gaji RM1,500

Tip urus gaji RM1,500 sebulan

Tips urus gaji ni mesti sangat dicari oleh rakyat Malaysia. Iyalah, kebanyakan antara kita ni bekerja makan gaji. Keluar pukul 9 pagi, balik pula pukul petang.

Rugi sangat kalau hasil penat lelah kita bekerja tak diurus dengan baik. Dan kalau tak pandai urus, alamatnya kebulur la hujung bulan nanti.

Lagi-lagi untuk yang gaji minimum RM1,500. Lagi kena urus betul-betul.

Jadi, jom saya kongsikan tips berdasarkan ration 70:20:10.

1. Tips Urus Gaji: 70% untuk Kewajipan

Kewajipan ini bermaksud keperluan kita dalam hidup. Perkara ini perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita bergerak ke bahagian seterusnya,

Kewajipan boleh jadi:
– bayar sewa bilik
– bil telefon
– hutang-hutang
– bagi duit dekat mak ayah
– perlindungan eg SSPN Plus (takaful)

70% untuk bahagian kewajipan
70% untuk bahagian kewajipan

2. 20% untuk Simpanan

Selepas dah bahagikan duit untuk keperluan, seterusnya adalah simpanan. Kalau boleh, simpanan ini kita dah keluarkan siap-siap.

Dapat je duit gaji, terus niatkan sebagai simpanan. Jangan tangguh-tangguh.

Kalau tak, kita akan terguna nanti. Untuk simpanan, boleh alihkan RM200 dalam Tabung Haji dan RM100 lagi dalam Akaun Emas GAP Public Gold.

Untuk mulakan simpanan emas fizikal serendah RM100, boleh hubungi saya. Klik Icon WhatsApp di bawah.

Tips urus gaji: 20% untuk bahagian simpanan

3. 10% untuk Hiburan

Takkan la sebagai manusia biasa, kita tak teringin nak berehat dan reward diri sendiri?

Contohnya luangkan masa dengan kawan-kawan atau keluarga.

Jadi, alihkan maksimum 10% sahaja untuk reward diri sendiri. Jangan lebih, kalau tak nanti kita dah lari bajet dan duit gaji akan cepat habis.

Tips urus gaji: 10% untuk hiburan
10% untuk hiburan

4. Kena Cari Side Income

Next, ita dah tahu gaji kita kecik, so takkan nak duduk diam? Buang masa scroll TikTok dan Instagram.

Kena bangun, usaha dan cari pendapatan sampingan. Jangan malas!

Kalau side income kita mampu bagi duit extra RM200 sebulan pun dah bagus sangat.

Tips urus gaji: Kena cari side income untuk tampung keperluan.
Kena cari side income untuk tampung keperluan

Insya-Allah kalau kita mampu ikut formula 70:20:10 dan usaha cari side income, dengan gaji RM1,500 sebulan ni pun kita mampu survive.

Bila ada peluang untuk dapatkan kerja yang lebih baik dengan bayaran yang lebih tinggi, boleh rancang untuk tukar pekerjaan.

Atau mampu nak bina perniagaan walaupun bukan jenama sendiri, it’s okay. Asalkan kita berniaga dan dapat pendapatan yang kukuh, itu sudah memadai.

Semoga tips ini dapat bantu tuan puan merancang dan mengurus kewangan dengan baik.

Irfan Sa’id,
Follow rapat-rapat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *