Duit Kertas Ringgit Merosot?

Ringgit menjunam, duit kertas merosot!

Duit kertas kita makin jatuh? Apa sudah jadi? Hai semua! Fokus betul-betul, kerana nilai Ringgit Malaysia makin menurun baru-baru ini.

Menurut Berita Harian, Ringgit kita mencapai tahap terendah dalam masa 26 tahun. Jadi, mari kita kaji apa kesannya kepada rakyat marhen seperti kita.

Kuasa Beli Menjunam

Bayangkan tentang perkara ni, anda melangkah masuk ke pasar raya berdekatan atau kedai serbaneka, nak beli beberapa barang keperluan di rumah.

Barang keperluan yang makin meningkat harganya
Barang keperluan yang makin meningkat harganya

Tapi tunggu kejap! Harga barang keperluan seperti bawang, tepung, gula, minyak masak, dan telur melonjak tinggi.

Mengapa?

Tak lain, tak bukan, ini terjadi disebabkan kemerosotan nilai matawang Ringgit kita.

Apa Contoh Seterusnya?

Bayangkan anda simpan duit, contohnya RM5,000 pada tahun 2017. Kalau tahun 2017, dengan duit itu, kita dapat beli sebuah motor cash!

Kesan kejatuhan nilai duit kertas
Motor yang patutnya boleh dibeli dulu, sekarang tak lagi

Tiba-tiba nilainya hari ini tidak memberi kesan seperti yang dulu. RM5,000 yang sama dah tak cukup nak beli motor yang kita idam-idamkan.

Cara Survive Zaman Kini

Jangan tekan butang panik terlebih dahulu. Kita bersama-sama dalam hal ini. Masih ada cara untuk kawal masalah yang bergolak ini tanpa menghancurkan ‘bot bajet’ anda.

Jadi, bagaimana kita nak pastikan supaya dapat survive dengan kos barang/perkhidmatan yang kian meningkat?

Kisah Dapur yang Bijak
Pertama, mari menjadi kreatif di dapur! Apa saja alternatif yang mesra bajet, kita mesti manfaatkan.

Contohnya, kalau sebelum ni minum Kopi StaBuk, tukarlah ke Kopi Lokal.

Tukar bahan yang mahal dengan pilihan yang lebih berpatutan tanpa mengorbankan kehendak kita.

Smart Shopping
Sentiasa check promosi, diskaun, atau loyalty program di kedai-kedai.

Boleh juga gunakan pembayaran online yang tawarkan cashback atau poin kepada kita.

Contoh kita shopping di PGMALL atau Grab. Ingat, setiap sen adalah berharga!

Kemahiran Menyediakan Bajet
Utamakan perbelanjaan anda, fokus pada keperluan asas, dan kurangkan perbelanjaan yang tak penting.

Bajet seimbang adalah cara anda untuk bertahan dalam situasi ekonomi yang tak menentu ini.

Perisai Kewangan: Emas

Dalam masa kegawatan ekonomi, pertimbangkan untuk mengambil jalan yang telah lama digunakan untuk mengatasi ketidakstabilan kewangan.

Ya, betul! Untuk melindungi nilai wang kertas anda dari terus merosot, alihkan sebahagian simpanan dalam bentuk emas.

Emas sebagai perisai kewangan!
Emas melindungi nilai wang dan mengekalkan kekayaan kita

Emas, dengan daya tarikannya yang unik, telah menjadi tempat perlindungan yang boleh dipercayai untuk mengekalkan kekayaan sepanjang zaman.

Dengan meletakkan sebahagian simpanan dalam logam berharga ini, anda pada dasarnya mencipta benteng keselamatan dan mewujudkan dana rizab anda sendiri.

Lebih menarik, anda boleh mula simpan emas serendah RM100! Boleh terus klik butang WhatsApp di bawah. Saya akan bantu anda.

Hakikat Duit Kertas

Kesimpulannya, Ringgit kita sedang berdepan dengan cabaran ekonomi yang tak menentu. Tetapi jangan risau!

Berbekalkan ilmu mengurus duit dengan betul dan adanya simpanan emas minimum 10% dari kekayaan bersih, kita boleh mendepani risiko inflasi.

Ingat, setiap yang berlaku dalam kehidupan, itu adalah peluang bagi kita untuk mengasah kemahiran hidup. Jangan pernah mengalah, terus semangat kawan!

Irfan Sa’id,
Anak muda simpan emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *