Kos Haji 2024 Dah Diumumkan

Kos Haji bagi tahun 2024

Kos menunaikan ibadah Haji tahun 2024 telah pun diumumkan oleh Tabung Haji Malaysia. Jom kita tengok ringkasan mengenai pengumuman ini.

1. Kos Haji Meningkat 11%

Kos bagi jemaah Haji Muassasah meningkat sebanyak 11% (RM2,500) berbanding tahun lepas menjadikan kos keseluruhan berjumlah RM30,300.

Bayaran Harga Haji Muassasah
– B40 (first time pergi haji) : RM12,356
– M40 : RM19,152
– T20 : full RM33,300

Bantuan kewangan haji untuk golongan B40 masih diteruskan
Bantuan kewangan haji masih diteruskan

Kerajaan akan tanggung RM1,000 seorang untuk B40. Manakala TH tanggung baki kos haji bagi B40 dan M40. Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah tahun ini, akan mula dikeluarkan pada 19 Januari 2024.

Mereka yang merayu luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah juga perlu membayar penuh Kos Haji sebanyak RM33,300 seorang.

Melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji.

2. Kos Haji Jika Diukur Dalam Emas

So, apa kita nak buat and capai target simpanan untuk tunaikan haji? Jom saya share.

Kos haji jika diukur dalam bentuk emas (harga semasa 22/1/24, RM334 segram):
– B40 kumpul 40 gram.
– T20 kumpul 100 gram.

100 gram emas untuk tunaikan haji
100 gram emas untuk tunaikan haji

Untuk yang belum mendaftar haji, anda boleh daftar bersama Tabung Haji dan perlu depositkan duit sebanyak RM1,300. Maklumat am tentang pendaftaran haji, boleh rujuk di sini.

Atau jika yang dah cukup simpanan boleh terus apply pergi awal. Bayaran tetap sama harga T20.

Dalam erti kata lain, kita perlu kumpul 100 gram secepat mungkin dan apply untuk pergi haji awal.

3. Ibadah Haji Makin Murah dalam Bentuk Emas

Ini fakta yang perlu anda tahu. Kos haji dalam Ringgit Malaysia, makin lama makin mahal.

Lihat sendiri kenaikan kos berbanding tahun lepas, meningkat sebanyak 11%.

Namun, bila diukur dalam dalam emas, makin lama makin murah.

Kos ibadah haji makin murah jika diukur dalam bentuk emas
Kos ibadah haji makin murah jika diukur dalam bentuk emas

Jadi, untuk persediaan kita, simpanan jangka masa panjang demi menunaikan rukun Islam ke-5 harus ditukar ke dalam bentuk emas.

Buat sementara waktu, tukar dulu dari bentuk wang tunai ke dalam bentuk jongkong emas 50 gram.

50 gram emas
50 gram emas

Nanti bila nak perlukan, jual kembali ke Public Gold. Paling penting dah daftar giliran pergi haji.

Insha Allah setiap tahun cukup jika ada kenaikan lagi disebabkan inflasi.

Insya-Allah semoga kita terpilih sebagai tetamu Allah dan menjadi Duyufurrahman. Aminnn!

Irfan Sa’id,
Jom simpan emas untuk pergi haji.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *