“Emas Arab Saudi”

Emas dijumpai di Arab Saudi?

Emas dijumpai di Arab Saudi? Apa yang terjadi pada harga emas dunia? Ramai yang kata harga emas akan turun disebabkan penemuan ni. Betul ke?

Penemuan Emas di Tanah Arab

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh portal Saudi Gazette, Arab Saudi mengumumkan penemuan emas di kawasan sepanjang 100 kilometer (km) ke selatan lombong Mansourah Massarah.

Penemuan lombong emas terbaru di Arab Saudi
Penemuan lombong emas terbaru di Arab Saudi

Syarikat perlombongan dikenali sebagai Maaden itu dalam satu kenyataan berkata, ia adalah penemuan pertama di bawah program penerokaan meluas yang dilancarkan pada 2022.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya di sini, adakah harga emas dunia akan terkesan? Baik, jom saya kongsikan.

Ini Adalah Perkara Biasa

Ya betul! Penemuan lombong emas ini adalah perkara biasa. Sejak dari beratus tahun yang lalu, banyak penemuan lombong emas di serata dunia.

Bahkan di Malaysia juga telah ditemui kawasan-kawasan yang mengandungi logam emas di dalamnya. Contohnya, seperti di daerah Raub & Kuala Lipis, Pahang.

Penemuan sumber emas di Pahang. Berkaitan topik kita hari ini, "Emas dijumpai di Arab Saudi"
Penemuan sumber emas di Pahang

Tapi walaupun banyak lombong emas yang dijumpai di seluruh dunia, kita mendapati harga emas terus naik. Dari tahun ke tahun, nilainya kian meningkat.

Betul Juga, Tapi Kenapa?

Sebab emas ni adalah salah satu ciptaan Allah yang unik. Logam ini ditemui sedikit demi sedikit di pelbagai ceruk dunia. Dan bukannya ditemui kesemuanya sekaligus.

Sejak dari zaman dulu, orang melombong emas. Berkaitan topik kita hari ini, "Emas dijumpai di Arab Saudi"
Sejak dari zaman dulu, orang melombong emas

Kalau kita kaji pengeluaran emas dunia setiap tahun, hasilnya hanyalah sebanyak 2,500 hingga 3,000 tan sahaja.

Pakar-pakar mempercayai jumlah keseluruhan emas yang telah dilombong hanyalah sekitar 212,582 tan sahaja.

Dan setiap penemuan emas ni akan mengambil masa antara 7-8 tahun untuk melombong emas tersebut.

Emas Paling Banyak Digunakan

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 50% pengeluaran emas di dunia ini akan digunakan untuk membuat barang kemas & perhiasan.

Jadi, kalau harga emas nak jatuh pun, semua wanita dalam dunia ini perlu bersepakat untuk berhenti membeli barang kemas. Yang mana, ianya mustahil!

Emas juga adalah alat konduktor terbaik dan sering digunakan untuk penghasilan alat-alat elektronik. Jadi, kemungkinan emas ni menjadi ‘tiada nilai’ sangatlah rendah.

Penggunaan emas sebagai konduktor dalam alat elektronik
Emas sebagai alat konduktor terbaik

Harga Emas Takkan Jatuh Mendadak

So, kita semua tak perlu risau yang harga emas dunia akan jatuh mendadak. Contohnya hari ini harga emas RM340 segram. Dan kita harapkan dia jatuh sampai RM30 segram.

Sangat tidak logik! Umpama kita bayangkan nasi lemak sebungkus berharga RM2.00 hari ini, akan turun sampai 50 sen sebungkus, seperti 20 tahun yang lepas.

Kalau pun harga emas turun, ia akan turun sekitar RM2-RM5 segram sahaja, itupun tak lama. Harini turun, esoknya dah naik balik.

Sebab itulah emas dipanggil sebagai safe-haven asset. Nilainya tidak akan menjadi kosong hingga ke akhir zaman.

Sedangkan nasi lemak pun naik harga, inikan pula emas
Sedangkan nasi lemak pun naik harga, inikan pula emas

Untuk mulakan simpanan emas serendah RM100, boleh hubungi saya. Klik icon WhatsApp di bawah.

Penerangan lanjut tentang cara simpanan emas serenndah RM100, boleh baca di sini.

Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *