Emas Palsu Dari Public Gold?

“Macam mana nak tahu emas tu palsu atau tidak?”

Walaupun ada sijil ketulenan, ianya masih boleh dibuat sijil palsu. Ini ‘argument’ sesetengah orang yang masih baru dalam dunia pelaburan emas.

Kena tipu beli emas palsu!

Cara Mengesan Emas Palsu

Kalau betul-betul nak pastikan emas itu tulen atau tidak, guna densimeter (alat penguji ketulenan), atau guna acid test.

Tapi semua alat-alat tu hanya dimiliki oleh peniaga emas. Kalau kita nak beli, memang tak berbaloi sebab mahal yakmat.

Mesin densimeter yang selalu digunakan untuk uji berat serta ketulenan emas

Jadi apa cara terbaik untuk uji ketulenan?

Salah satunya, cukuplah kita uji dengan ujian logik!

1. Beli emas dari syarikat yang mempunyai kredibiliti dan rekod yang baik. Baca tentang Kelebihan Public Gold di sini.

Trek Rekod Public Gold yang cemerlang sejak tahun 2008

2. Beli sendiri emas terus dari syarikat tersebut, bukan dari tangan individu ketiga supaya lebih terjamin.

Individu mungkin menipu, tapi bagi syarikat yang ada nama (terutamanya mempunyai cawangan seluruh Malaysia), insya-Allah emas itu tulen dan syarikat tersebut boleh dipercayai.

Bantu customer ambil 306 gram emas di pejabat Public Gold cawangan Ampang

3. Bagi syarikat yang ada reputasi tinggi seperti Public Gold, kalau ada penipuan ketulenan (walaupun hanya gold bar 1 gram) sudah cukup untuk melingkupkan seluruh operasi mereka.

Jadi hal ketulenan bukan sesuatu yang boleh diambil mudah dan dibuat main-main oleh syarikat.

Ini adalah individu yang bertanggungjawab mengesahkan ketulenan emas Public Gold. Lihat profil beliau.

1 gram emas yang dijual Public Gold pun telah disahkan tulen.
Emas 1g Public Gold yang tulen

4. Sejak 2008, Public Gold telah pun menjual lebih 10 tan emas. Jadi kalau setakat belian kita 1 kilogram emas RM282,000 (hatta RM1 juta sekalipun), ia sangat kecil bagi Public Gold.

1 kilo yang dijual oleh Public Gold. Ada sijil ketulenan yang disahkan oleh Assayer emas bertauliah.
1 kilo emas yang dijual oleh Public Gold!

Tak Mungkin Palsu

Jadi sangat tak masuk akal bagi syarikat besar dan reputasi tinggi seperti Public Gold nak menipu hal ketulenan.

Reputasi bisnes dan masa depan Public Gold lebih besar dari itu.

Atas reputasi yang baik ini, Ar-Rahnu Pos Malaysia (antara Ar-Rahnu terbesar di Malaysia) sendiri terima pajakan emas Public Gold:
a. Tanpa perlu uji ketulenan.
b. Tanpa perlu buka seal LBMA.

Public Gold menjalin kerjasama bersama Pos Malaysia. So, takkan emas Public Gold palsu kot?
Kerjasama antara Public Gold bersama Ar-Rahnu Pos Malaysia

Jadi kalau institusi besar begitu boleh yakin dengan ketulenan emas Public Gold, bagi saya, pembeli biasa seperti kita sudah cukup logik untuk bergantung kepada kepercayaan Ar-Rahnu Pos kepada Public Gold.

Di setiap cawangan Public Gold ada mesin densimeter. Sebelum anda tandatangan resit belian, boleh minta mereka uji ketulenan. Dan jangan lupa ambik video untuk dijadikan bukti kepada kawan-kawan yang lain.

Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *