Emas pun ada kurangnya!

Tidak ada satu pun pelaburan di dunia ini yang sempura. Ini termasuklah emas yang kita nak simpan. Jom saya kongsikan kekurangan emas yang wajib anda tahu!

  • Emas tiada dividen atau bonus
    Jangan sesekali kita tertipu jika ada yang tawarkan pulangan dividen atau bonus hasil dari pelaburan emas. Ini semua tahyul semata. Emas juga tidak beri kita compound interest (seperti ASB).

    Keuntungan emas hanyalah berdasarkan pergerakan kenaikan harga emas saban tahun. Jadi, bagi pelabur yang inginkan pulangan yang tinggi dan cepat serta dalam bentuk dividen, emas bukanlah sesuai untuk mereka.

    Mereka masih melabur dan menyimpan emas, tetapi hanya sebagai pelindung kepada kekayaan mereka sahaja. Iylah, emas adalah aset kalis inflasi dan stabil nilainya.
  • Emas ini bermacam-macam jenis
    Kita bukan setakat ada emas fizikal depan mata saja tau. Ada banyak pilihan produk di dunia bersandarkan kepada emas. Ada emas dalam bentuk jongkong, akaun simpanan, ETF (Exchange-traded fund), spot gold, futures dan banyak lagi!

    Haa terkejut tak? Bukan setakat barang kemas 916 dan sekadar perhiasan sahaja. Jadi, anda akan berisiko memilih produk yang salah dan merugikan anda.

    Misal kata, anda dengar-dengar yang trade spot gold ini boleh untung puluhan ribu ringgit, tetapi tanpa ilmu dan pengalaman, modal anda yang berpuluh-puluh ribu itu boleh lesap sekelip mata saja! Jadi, baca buku dan bertanya terlebih dahulu. Baru mata tak kelabu.
  • Emas fizikal ada kos penyimpanan
    Misalnya anda dah ada 100 gram jongkong emas (macam gambar di bawah), confirm simpan di rumah tak akan buatkan anda duduk tenang. Rasa macam ada saja orang memerhati.

    Atau barang kemas yang dah beratus-ratus gram, tak mungkin kita nak simpan dalam almari kayu itu sahaja? Mesti kita nak tempat yang dijamin selamat.

    Anda akan terpaksa menanggung kos menyewa safe deposit box di bank-bank atau syarikat yang tawarkan khidmat ini. Kos ini juga agak mahal jika difikirkan semula.
100 gram tau!

Kawan-kawan,

Hakikatnya, tidak ada satu pun pelaburan di dunia ini yang sempurna. Setiap daripadanya ada kelebihan dan juga kekurangan tersendiri.

Ada orang yang pandang simpanan emas ini sangat menguntungkan jika dilihat dari pelbagai aspek kewangan dan ekonomi. Mereka ini sangat positif.

Ada juga yang masih merungut pasal harga emas mahal dan sibuk menghasut orang lain jangan beli emas. Siap merendah-rendahkan orang yang jual atau jadi ejen syarikat emas.

Sebagai manusia, itulah lumrahnya sebab kita ini unik. Bak kata cikgu saya, “we are wired differently.”

Dapat sesuatu? Lebih banyak ilmu emas di https://t.me/irfsansaidali.

Irfan Sa’id,
Simpan emas guna akal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *