Salah satu fungsi simpanan emas yang paling sesuai untuk ramai orang adalah menjadikannya sebagai Simpanan Emas Dana Kecemasan. Kenapa? Kerana ia adalah solusi terbaik untuk orang yang berhadapan dengan masalah poket bocor.
Pantang ada baki duit dalam bank, mesti gatal tangan nak berbelanja. Itulah diri saya sendiri sebelum mengenali emas.
Pakar kewangan umumnya menyarankan kita untuk mempunyai dana kecemasan 3-6 bulan pendapatan dalam bentuk aset mudah cair seperti tunai.
Namun, tabung kecemasan dalam bentuk wang tunai ini seringkali bocor. Ini kerana sifat semulajadi wang itu sendiri, ia wujud untuk dibelanjakan!
Mengapa Emas Lebih Berkesan dari Wang Tunai?
Simpanan duit dalam bentuk emas terbukti berkesan untuk melenyapkan emosi penyimpan untuk berbelanja. Ia bahkan membaikpulih mindset penyimpan untuk terus konsisten menyimpan setiap bulan. Ini kerana emas:
-
Tidak Mudah Dibelanjaka: Anda tidak boleh terus membeli-belah di kedai runcit menggunakan emas fizikal atau GAP. Proses menukarnya kembali kepada tunai memberikan tempoh bertenang (cooling off period).
-
Kalis Inflasi Jangka Panjang: Nilai Simpanan Emas Dana Kecemasan anda pasti bertambah dalam tempoh tersebut. Ini kerana emas bersifat menaik dalam jangka masa panjang.
Tetapi kalau duit RM 7,500 yang disimpan beberapa tahun sekalipun, angkanya kekal. Malah, kuasa membeli RM 7,500 berkurang kerana dimamah inflasi. Rugi yang amat!
Ya, ada pakar kewangan menyatakan emas tidak sesuai dijadikan sebagai dana kecemasan atas sebab faktor susut nilai (spread) dan turun naik harga. Kenyataan ini tepat bagi orang yang tiada masalah untuk kumpul duit tunai di bank.
Tetapi, bagi yang ada masalah nak kumpul duit tunai, emas adalah cara alternatif yang realistik untuk kita membina tabung kecemasan.
Strategi 3 Bulan Gaji dalam Bentuk Gram
Mari saya kongsikan bagaimana cara untuk kita ada dana kecemasan untuk 3 bulan gaji dengan berkesan menggunakan strategi emas.
Situasi: Gaji sebulan = RM 2,500
Target 3 Bulan Simpanan Kecemasan: RM 7,500
| Penyimpan Wang Tunai (Ali) | Penyimpan Emas (Abu) |
| Perlu kumpul tunai RM 7,500. Rasa mustahil kerana nafsu berbelanja. | Tukar nilai RM 7,500 kepada emas. (Jika harga emas sekitar RM600/g), target hanyalah 12.5 gram. |
Langkah Perancangan (Contoh):
-
Tetapkan Matlamat Gram: Tukarkan nilai tunai RM 7,500 kepada gram emas, contohnya 12.5 gram. Ini lebih menaikkan semangat nak menyimpan!
-
Tetapkan Tempoh Masa: Sasarkan 1 bulan = 0.5 gram. Ini bermakna 1 tahun = 6 gram.
-
Bertindak Konsisten: Dengan sasaran 0.5 gram sebulan, anda boleh mencapai 12.5 gram dalam masa 2 tahun! Gunakan kaedah ‘simpan dulu baru belanja’ dan teruskan dengan Akaun Emas GAP untuk kemudahan konsistensi.
Cara Mencairkan Emas Semasa Kecemasan
Bila kita mempunyai dana kecemasan yang cukup, kita akan hidup tenang. Kita akan hadapi apa jua situasi kecemasan tanpa bergantung kepada orang lain. Tak perlu cari bank untuk pinjaman peribadi mahupun ahlong.
Manfaatkan emas sebagai alat untuk kita kumpul duit. Sampai masa perlukan duit, gunakan simpanan emas kita sebaiknya.
-
Gadai (Ar-Rahnu): Anda boleh bawa simpanan emas yang ada dan gadaikan di Ar-Rahnu. Anda akan dapat pinjaman sehingga 70% dari nilai emas anda. Gunakan wang tersebut dan tebus emas anda secepat yang mungkin.
-
Jual: Jualkan sahaja emas tersebut dan simpan tunai di Tabung Haji atau ASB, selari dengan nasihat kewangan konvensional, jika anda sudah berjaya mengatasi masalah poket bocor.
Tetapi ingat, tukar sport rim kereta atau renovate rumah bukan alasan untuk guna wang kecemasan ya. Usah mengada, bahana yang datangnya nanti. ‘You save me today, I save you tomorrow.’
Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk kita menyimpan duit dengan lebih berkesan. Aminn.
Selamat mencuba guys.
Langkah Seterusnya:
-
Semak Pilihan Emas: Lihat jenis-jenis emas fizikal yang ditawarkan Public Gold di Laman Utama Produk Public Gold.
-
Mula Simpanan: Anda boleh mula dengan Akaun Emas GAP hari ini! Klik di sini untuk buka Akaun Emas GAP Public Gold.


