Emas Sebagai Simpanan Kecemasan

Emas sebagai simpanan kecemasan. Antara fungsi lain emas adalah ia akan mampu membantu kita di kala kita betul-betul terdesak.

Pakar kewangan sangat menyarankan kita untuk mempunyai dana kecemasan 3-6 bulan pendapatan. Ia seharusnya di dalam bentuk aset yang mudah cair seperti tunai.

Namun, tabung kecemasan ini seringkali bocor akibat sifat semulajadi wang tunai itu sendiri. Sifat semulajadi wang tunai adalah untuk dibelanjakan!

Jadi, apa kata kalau kita cuba untuk alihkan sedikit dan tukarkan tabung kecemasan kita kepada emas.

Bagaimana caranya? Mari saya tunjukkan.

Baik, saya berikan situasi ini tentang simpanan kecemasan 3-6 bulan pendapatan.

Ali (simpan duit)
Gaji sebulan = Rm 2,500
3 bulan simpanan kecemasan = Rm 7,500

Nampak banyak kan? Rasa macam mustahil nak capai simpanan sebanyak ini.

Ditambah lagi dengan nafsu berbelanja yang tak pernah habis. Fuh rasa macam batu besar jatuh atas kepala.

Abu (simpan emas)
Gaji sebulan = Rm 2,500
3 bulan simpanan kecemasan = Rm 7,500
Harga emas 1 gram (16/4/21) = Rm 256

Jumlah gram yang perlu disimpan hanyalah 30 gram. Wau, sikitnya! Yang ini lebih menaikkan semangat nak menyimpan.

Percaya atau tak, 30 gram ini anda boleh capai hanya dalam 3 tahun! Rahsianya:

Sasarkan 1 tahun = 10 gram. Jadi, 1 bulan = 1 gram.

Cukup bulan ke-10, anda dah ada 10 gram dalam senyap. Malah, mungkin lebih!

Nilai simpanan anda dalam tempoh tersebut pun pasti bertambah kerana emas bersifat menaik dalam jangka masa panjang.

Tetapi kalau duit Rm 7,500 yang disimpan beberapa tahun sekalipun, angkanya kekal begitu. Malah, kuasa membeli Rm 7,500 pun berkurang kerana dimamah inflasi. Rugi yang amat!

Jadi, jika berlaku apa-apa kecemasan kita terus bawa simpanan emas yang kita ada dan gadaikan di Ar-Rahnu. Anda akan dapat pinjaman sehingga 70% dari nilai emas anda. Gunakan wang tersebut dan usahakan untuk menebus emas anda secepat yang mungkin.

Tetapi ingat, tukar sport rim kereta atau nak renovate rumah bukan alasan untuk guna wang kecemasan ya. Usah mengada, bahana yang datangnya nanti.

Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada kita semua. Amin Amin.

Irfan Sa’id,
Lebih banyak tips di sini https://t.me/irfsansaidali.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *