Emas Tak Pernah Murah!

Simpan emas lebih selamat berbanding simpan duit

Emas Tak Pernah Murah: Rahsia Kenapa Anda Perlu Beli Segram Yang Pertama Sekarang! – Pernah dengar pesanan Tuan Mohd Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas? Beliau selalu pesan, “Emas tak pernah murah.”

Ramai orang tangguh simpan emas sebab tunggu harga jatuh. Tapi sedar tak sedar, harga emas makin lama makin mendaki. Jom saya kongsikan kenapa “menunggu harga murah” sebenarnya adalah perangkap yang merugikan anda.

Kisah Zaman Mak dan Nenek Kita

Cuba tanya mak atau nenek kita di kampung. Waktu harga emas baru RM40 segram berpuluh tahun dahulu, orang zaman itu pun dah kata mahal! Waktu harga naik ke RM100, orang kata mahal. Bila naik ke RM200, pun orang kata mahal.

Hakikatnya, emas akan sentiasa dirasa mahal kerana nilai mata wang kita yang semakin mengecil (inflasi), manakala nilai emas kekal utuh.

Kenapa Kena Beli Dulu Walau Segram?

Kawan-kawan, kalau belum mampu beli 10 gram, beli dulu segram. Kenapa?

  1. Sebagai “Benchmark” (Penanda Aras): Inilah rahsia penyimpan emas berjaya. Orang yang dah memiliki emas sahaja yang akan faham pergerakan harga. Bila anda dah ada segram yang pertama, barulah anda akan ada deria untuk tahu bila harga tengah “diskaun” atau bila ia sedang meroket.

  2. Psikologi Penyimpan: Klien saya sendiri pernah cakap, “Irfan, kalau tak beli sekarang, kita asyik tengok graph je tapi tak ada aset.” Bila dah beli, barulah kita ada rasa tanggungjawab nak tambah simpanan.

Bukti Harga Emas Tak Menunggu Kita

Mari kita tengok fakta dan angka (data ini tidak menipu):

  • 5 Tahun Lepas (Sekitar 2018/2019): Harga emas cuma sekitar RM181/gram. Waktu tu pun, ramai yang beralasan kata “mahal, nanti la tunggu turun.”

    Emas tak pernah murah. Harga Emas Tahun 2018
    Harga Emas Tahun 2018
  • Tahun Lepas (Januari 2023): Harga sudah mencecah RM291/gram.

Harga emas terkini
Harga emas terkini
  • 5 Tahun Akan Datang? Berdasarkan trend sejarah, tidak mustahil harga segram akan mencecah RM400/gram atau lebih!

Sampai Bila Nak Jadi Penonton?

Sampai bila kita nak terus meratib, “Emas mahalnya, emas mahalnya…” sedangkan orang lain sudah mula menuai hasil daripada kenaikan harga?

Orang yang konsisten menyimpan tidak peduli harga harian. Mereka fokus kepada gram emas yang makin bertambah dalam simpanan. Bila harga naik RM400 nanti, mereka yang dah simpan hari ini akan tersenyum lebar.

Nasihat saya untuk anak muda, jangan tunggu kaya baru nak simpan emas. Simpan emas sekarang untuk jadi kaya (dan selamatkan nilai duit anda).

Nak mula simpan secara konsisten serendah RM100 pun boleh. Jangan biar duit hangus begitu saja, tukarkan ia jadi aset yang berharga.

Irfan Sa’id
Anak Muda Simpan Emas.

Harga emas lima tahun lepas. Waktu tu pun still ramai kata mahalll

Hari ni segram sudah RM291.

Ini buktinya, tarikh 15/1/2023

5 tahun akan datang? Segram mungkin dah cecah RM400!

Masih nak tunggu lagi ke? Kalau taknak, haaa start simpan emas hari ini. Orang lain dah mula simpan emas secara konsisten. Kita masih duk meratib, “harga emas mahal, harga emas mahal.”

Irfan Sa’id,
Anak Muda Simpan Emas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *