Fungsi Sebenar Simpanan Emas

Fungsi Emas Yang Perlu Kita Tahu:

1. Pelindung Nilai Terbaik
Emas adalah aset yang diwariskan dari generasi kepada generasi. Dari zaman berzaman, dah terbukti yang emas mampu melawan inflasi. Waktu ekonomi tak menentu, emas dapat membantu.

2. Sebagai Benteng Kewangan
Waktu semua instrumen pelaburan yang lain seperti saham, stok jatuh, emaslah yang dicari oleh para pelabur untuk menyelamatkan dan mengurangkan risiko pelaburan mereka.

3. Kalis inflasi
Kos hidup meningkat dapat diatasi dengan simpanan emas. Tengok contoh ni, 1400 tahun yang lepas, 1 Dinar mampu beli seekor kambing. Tahun 2023 sekarang pun, kuasa beli 1 Dinar ini masih kekal.

4. Dikelaskan sebagai aset yang mudah ‘cair’
Boleh terus jual atau gadaikan di Ar-Rahnu jika kita memerlukan wang. Sangat sesuai juga untuk waktu-waktu kecemasan.

5. Alternatif pelaburan
Bank-bank dunia pun berlumba-lumba nak simpan emas sebagai rizab pelaburan. Sekarang, China telah pun menandingi Amerika Syarikat dalam simpanan emas, iaitu sebanyak 2,011 tan. Sama dengan 2,011,000 kilogram emas tauu!

So, kita yang rakyat marhen ni taknak mula simpan emas sekarang ke?

Irfan Sa’id,
Anak muda simpan emas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *