Emas sebagai dana pendidikan

Antara matlamat utama yang biasa saya dapat dari feedback klien saya, mereka ingin sediakan dana pendidikan anak-anak dalam bentuk emas.

Simpanan emas ini diketahui sebagai aset yang kalis inflasi dan sesuai untuk simpanan jangka masa panjang. Namun tak ramai yang sedar tentang perkara ini.

Okay, sekarang kita buat kira-kira sedikit.

Kos pendidikan di IPTA pada hari ini menelan belanja hampir RM 10,000 setahun. Tempoh untuk tamat pengajian pula dalam 5 tahun.

RM 10,000 x 5 = RM 50,000
RM 50,000 = 200 gram emas (harga semasa, 9/10/2021 1 gram emas = RM 259)

Seperti saranan guru saya, Tuan Hafizul Hakim, sekurang-kurangnya target 100g emas untuk dana pendidikan anak-anak. Kemudian, lebihan dari itu, ibu bapa boleh alihkan ke tabung simpanan yang lain seperti ASB, TH, SSPN-i Plus dan lain-lain.

Poin seterusnya, kos pendidikan mereka di IPT nanti pasti akan berkurang jika diukur dalam bentuk emas. Ianya sudah pun terbukti. Lihat jadual di bawah.

Kos pendidikan makin berkurang jika diukur dalam bentuk emas

Sebabnya harga emas akan terus meningkat dan emas itu sendiri kalis inflasi. Ia akan mengekalkan nilai kekayaan kita. Sama seperti nilai 1 Dinar = 1 ekor kambing dalam hadith Rasulullah SAW.

Buka akaun emas anak dengan Akaun GAP

Setidak-tidaknya, kita sebagai ibu bapa telah menyediakan simpanan untuk kehidupan mereka bila melangkah ke alam dewasa nanti.

Jadi, mulakan simpanan emas untuk anak-anak seawal usia mereka 1 tahun. Saya yakin bila umur anak anda dah 18 tahun, mesti 100 gram emas dah tercapai! Lebih-lebih lagi dengan adanya fungsi Auto-Debit ke akaun emas GAP yang terbaru.

Jom mula simpan emas untuk anak-anak! Terus daftar dengan klik butang di bawah dan WhatsApp saya segera.

Irfan Sa’id,
Emas sebagai dana pendidikan anak-anak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *