Irfan dan 1 Dinar Emas

Impian sekilogram saya bermula dengan 1 Dinar Emas. Beratnya 4.24 gram, dan bentuknya lebih kurang sama dengan duit syiling 10 sen sahaja. Tetapi nilainya jauh berbeza!

Bentuk hampir sama, nilainya jauh berbeza!

Waktu pertama kali saya mula menyimpan emas, lepas saja mula dengan akaun GAP serendah RM 100 terus saya beli 1 Dinar.

Dengan lebihan dari duit simpanan yang ada, saya beli 1 Dinar ini secara full payment pada bulan Julai tahun 2020. Harganya RM 1,146 ketika itu.

1 Dinar saya yang pertama!

Semuanya inspirasi dari Ustaz Syed, guru Bahasa Arab saya dari darjah empat hingga tingkatan lima. Beliaulah yang telah membuka mata saya tentang simpanan emas.

Dan saya sudah menyimpan hasrat untuk memiliki 1 Dinar sejak umur 11 tahun! Setelah 8 tahun, akhirnya saya dapat apa yang saya sangat idam-idamkan.

Alhamdulillah berjumpa dengan Public Gold, saya merasakan ia adalah platform yang terbaik dan sesuai dengan saya. Ditambah lagi dengan bimbingan dari intoruducer saya, Kak A’qilah Ayash waktu tu, memang bersyukur sangat-sangat.

Sekarang, di bawah bimbingan Tuan Hafizul Hakim dan seluruh dealer PG AllStars, saya aktif berkongsi tentang kebaikan simpanan emas dengan semua orang.

Anugerah Top Producer, alhamdulillah!

Dua bulan lepas dah cukup setahun saya menyimpan emas bersama Public Gold. Doakan saya terus konsisten simpan emas dan berkongsi serba-sedikit ilmu emas yang saya ada

Kalau kalian pun nak mula menyimpan emas, saya sangat-sangatlah galakkan untuk bermula dengan 1 Dinar ini.

Nak full payment, ansuran EPP atau GAP, semuanya ada. Info lanjut, terus baca di sini: https://irfansaidali.com/3-cara-pembelian-emas-public-gold/

Biarpun 1 Dinar ini nampak kecil, tapi auranya sangat besar. Bila kita dah pegang sendiri dalam tangan, pasti kita akan terus bersemangat menyimpan emas untuk masa hadapan.

Begitulah.

Irfan Sa’id,
1 Dinar emas pertama!

Leave a Comment

Your email address will not be published.